Rosmah Saran Acara Menarik Bagi Program Isteri Wakil Rakyat BN

Diterbitkan: Ahad, 18 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Badan Amal Negeri yang dipilih menjadi tuan rumah kepada Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia (PTIWRBNM) disaran supaya mencari pendekatan kreatif dalam menganjurkan program berkenaan.

Yang Dipertua Badan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) Datin Seri Rosmah Mansor berkata langkah tersebut perlu dilakukan bagi memastikan PTIWRBNM sentiasa menarik dan menggalakkan penyertaan semua badan amal ke arah memupuk semangat setiakawan yang erat.

"Pelbagai manfaat akan kali ini diperolehi melalui program ini bukan sahaja dari segi bersukan. Bagi memastikan matlamat tersebut dicapai, ia menuntut komitmen padu serta kerjasama berterusan daripada semua Badan Amal Negeri yang dipilih bagi menggalas amanah dan tanggungjawab selaku tuan rumah," katanya ketika menutup PTIWRBNM 2010 di sini malam Sabtu yang berlangsung sejak Khamis lalu.

Rosmah yang juga isteri perdana menteri turut berharap Badan Amal Negeri mengambil inisiatif untuk menyertai program klinik latihan bagi sukan badminton dan boling kepada kanak-kanak sekolah sebagai salah satu tanggungjawab sosial mereka.

Sabah selaku tuan rumah mengadakan sukan badminton dan boling.

Lebih 400 peserta menyertai program ini yang menyaksikan Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Sabah (Bakisa) muncul johan keseluruhan.

Terengganu akan menjadi tuan rumah tahun depan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan