Rosmah Cadang Wisma Wanita Dibina Di Setiap Negeri

Diterbitkan: Ahad, 18 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor meminta Kementerian Kewangan mempertimbangkan peruntukan bagi pembinaan Wisma Wanita di setiap negeri.

Beliau berkata pembinaan wisma berkenaan wajar bagi melancarkan pembangunan dan pembelaan kebajikan golongan wanita di negeri masing-masing.

"Wisma Wanita mampu dijadikan sebagai pemangkin bagi meningkatkan lagi pembangunan dan kemajuan kaum wanita.

"Ini adalah kerana kaum wanita memainkan peranan yang cukup penting sebagai isteri, ibu dan anak dalam memikul tanggungjawab kepada masyarakat dan negara dan mereka wajar dihargai," katanya ketika merasmikan Wisma Wanita Sabah di sini, Ahad.

Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan.

Rosmah juga berkata Wisma Wanita boleh berfungsi sebagai pusat sehenti bagi wanita yang memerlukan bantuan daripada pelbagai segi seperti latihan keusahawanan dan bimbingan dalam isu-isu melibatkan wanita dan keluarga seperti perkahwinan, perceraian, tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.

Mengenai Wisma Wanita Sabah, beliau berharap bangunan yang dibina atas tanah seluas dua hektar itu turut dijadikan sebagai destinasi pelancongan.

Katanya, bangunan itu turut menempatkan penjualan produk kraftangan berkualiti oleh wanita Sabah yang boleh dijadikan cenderamata untuk pelancong.

"Adalah diharapkan melalui peluang ini, para usahawan wanita tempatan akan lebih bersemangat untuk menghasilkan lebih banyak lagi produk berkualiti yang boleh dipasarkan mengikut kadar berpatutan," katanya.

Di samping itu, beliau berkata kewujudan Galeria Wanita di bangunan tersebut, yang mempamerkan maklumat mengenai pembangunan dan pencapaian wanita Sabah, juga mampu menjadi daya tarikan pengunjung.

Bangunan lima tingkat itu dibina pada 27 Sept 2006 dan siap pada 25 Nov 2008 dengan peruntukan RM18.725 juta oleh kerajaan negeri. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan