PKR Ranting Permatang Pasir Bubar, Anggota Sertai Umno

Diterbitkan: Ahad, 18 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Permatang Tinggi di sini dibubarkan selepas kesemua 56 angotanya bertindak keluar parti itu dan menyertai Umno pada Ahad.

Timbalan Ketuanya Ismail Md Ali berkata keputusan itu dibuat mereka selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PKR.

"Kami juga sudah bosan dengan janji-janji manis PKR kerana sehingga hari ini iaitu selepas dua tahun memenangi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk tiada satu (janji) ditunaikan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau sebelum itu menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ketua Bahagian Bukit Mertajam, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Ismail juga mendakwa Anggota DUN tersebut Tan Hock Leong tidak pernah turun padang bertemu penduduk sejak memenangi kerusi itu.

Sementara itu, Musa berkata tiga lagi ranting PKR di Bukit Mertajam telah menemuinya dan menyatakan hasrat untuk menyertai Umno.

Ia membabitkan kira-kira 300 anggota PKR, katanya yang enggan memberitahu ranting yang terlibat. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan