Pekerja Matang, Berpengalaman Perlu Dikekalkan:Shahrizat - Berita Semasa | mStar

Pekerja Matang, Berpengalaman Perlu Dikekalkan:Shahrizat

Diterbitkan: Ahad, 18 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majikan perlu melaksanakan langkah persaraan secara beransur-ansur terhadap pekerja mereka dengan mengekalkan pekerja yang matang dan berpengalaman, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata majikan perlu menimbangkan cara kreatif untuk mengekal pekerja matang dan berpengalaman menerusi latihan semula dan kerja secara fleksibel.

"Ini akan membenarkan pekerja yang telah berusia untuk meneruskan dunia pekerjaan mereka dan membolehkan mereka untuk terus menabung dan hidup selesa di masa depan," katanya semasa merasmikan persidangan antarabangsa "Southeast Asia Conference on Ageing 2010: Improving Well-Being in Later Life" anjuran Institut Gerentologi, Universiti Putra Malaysia di sini pada Sabtu.

"Terdapat ruang, malah keperluan untuk para pesara yang melebihi umur 58 tahun yang kaya dengan pengalaman untuk terus menyumbang kepakaran mereka yang terkumpul sejak beberapa tahun untuk terus menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara," katanya.

Shahrizat berkata untuk menamatkan perkhidmatan pekerja pada umur 56 hingga 58 tahun atas faktor persaraan wajib, adalah tidak produktif bagi negara yang mahu menjadi negara berpendapatan tinggi.

Katanya Malaysia memiliki 2.2 juta penduduk yang melebihi usia 60 tahun iaitu kira-kira 7.8 peratus daripada keseluruhan penduduknya.

"Pertambahan nisbah penduduk golongan warga emas di dalam dunia menawarkan peluang yang banyak untuk pembangunan industri berkaitan.

"Cabaran terbesar ialah untuk memperkasakan mereka membuat persediaan ke arah kehidupan seterusnya yang lebih panjang, bermakna dan berkualiti," kata beliau.

Shahrizat berkata perancangan untuk kehidupan bebas dan berkebajikan masa mendatang perlu bermula di usia muda. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan