PDRM Akan Wujudkan Pusat Latihan Polis Di Semua Negeri

Diterbitkan: Ahad, 18 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mewujudkan Pusat Latihan Polis (Pulapol) di semua negeri bagi membolehkan anggota dan pegawainya mengikuti kursus-kursus kenaikan pangkat tanpa perlu menunggu giliran.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata langkah itu yang selaras dengan usaha memperkasakan PDRM akan memastikan setiap anggota dan pegawainya mengikuti kursus sekurang-kurangnya dua kali setahun.

"...sebelum ini penggiliran pembelajarannya lambat, kadangkala dalam dua tahun sekali," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis Apresiasi DWI-Tech 2010 Sekolah Menengah Teknik Langkawi, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata buat masa ini tujuh negeri iaitu Kuala Lumpur, Kedah, Johor, Perak, Sabah, Sarawak dan Negeri Sembilan telah memiliki Pulapol masing-masing.

Enam lagi akan diwujudkan iaitu di Terengganu, Kelantan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang dan Melaka, katanya.

Beliau berkata kewujudan Pulapol di semua negeri juga membolehkan anggota dan pegawai berkenaan mengikuti kursus di tempat bertugas masing-masing tanpa perlu lagi ke Kuala Lumpur.

Mengenai Pulapol di Langkawi, Musa berkata ianya telah siap dan dijadual beroperasi September ini serta boleh menempatkan 700 anggota dan pegawai yang berkursus pada satu-satu masa.

Sementara itu mengulas perkara berkaitan, Musa berkata beliau akan mencadangkan kepada kerajaan agar anggota dan pegawai tidak perlu lagi menghadiri temuduga untuk proses kenaikan pangkat.

Sebaliknya mereka yang berkenaan hanya perlu mengikuti kursus di Pulapol di negeri masing-masing sebelum dinilai oleh panel yang akan dilantik oleh PDRM, kata beliau.

Cadangan itu katanya telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Polis untuk semakan sebelum dilulus dan dipanjangkan kepada kerajaan.

Selain itu, Musa berkata PDRM juga memohon penambahan 60,000 pegawai dan anggota. PDRM juga katanya berharap dapat mewujudkan lebih banyak pasukan kadet polis di sekolah-sekolah seluruh negara untuk meningkatkan pengetahuan dalam ilmu kepolisan.

"Kita turut mengalakkan pelajar universiti menyertai pasukan polis sukarelawan yang ditubuhkan di universiti untuk mendedahkan mereka dengan penguatkuasan undang-undang, memahami tugas polis," katanya.

Beliau berkata mereka yang telah mempunyai ilmu kepolisan akan diberi keutamaan apabila memohon menyertai PDRM. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan