Pakaian Seragam Polis Perlu Digazet - Hishammuddin

Diterbitkan: Ahad, 18 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein terkejut mendapati Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai hak eksklusif bagi warna dan reka bentuk pakaian seragam pasukan itu.

Beliau berkata, memandangkan anggota polis bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negara, pakaian seragam mereka sepatutnya digazetkan sejak ia diperkenalkan.

"Saya terkejut apabila membaca akhbar pagi ini. Pasukan polis perlu mempunyai pakaian seragamnya yang tersendiri bagi membolehkan orang awam membezakan mereka dari agensi-agensi lain.

"Ia penting kerana mereka merupakan orang yang bertanggungjawab menjaga keamanan negara," katanya di sini.

Laporan muka depan akhbar The Star pada Ahad menyiarkan kenyataan Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene yang berkata bahawa polis tidak mempunyai hak eksklusif bagi pakaian seragam birunya.

Beliau berkata, polis mahu mewartakan warna dan reka bentuk pakaian seragam mereka bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat.

Selain itu Hishammuddin berkata, polis mesti mempunyai identiti tersendiri dan memiliki hak eksklusif bagi pakaian seragam kerana perkara itu adalah sangat penting.

"Kita dalam proses untuk membangunkan semula pasukan polis dan beberapa langkah telah diambil untuk mengurangkan kadar jenayah," katanya.

"Walaupun polis tetap boleh menjalankan tanggungjawab mereka tanpa mengira warna pakaian seragam, namun orang awam juga mestilah boleh membezakan antara polis ataupun bukan," katanya.

Jelas beliau, terdapat juga sesetengah kes dimana pengawal keselamatan mempunyai pakaian seragam yang hampir sama dengan polis.

"Melainkan seseorang itu anggota polis tambahan yang menjalani latihan serupa sebagai seorang anggota polis biasa, tidak harus ada mana-mana agensi atau perkhidmatan lain yang memakai pakaian yang sama seperti polis," katanya.

Bagaimanapun menurutnya, beliau tidak akan membuat keputusan segera mengenai perkara itu kerana agensi-agensi lain berkemungkinan telah menempah pakaian seragam mereka.

"Kami mesti melihat faktor kos juga. Mungkin terdapat juga kesilapan di pihak kami dan kita tidak boleh membuat satu keputusan segera sekarang, " katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan