Misi Promosi Pelancongan Langkawi Di Singapura

Diterbitkan: Ahad, 18 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) akan mengadakan misi promosi pelancongan Langkawi di Singapura Khamis ini dalam usaha menarik lebih ramai pelancong dari republik itu dan asing ke pulau lagenda dan bebas cukai ini.

Timbalan Pengurus Besar 1 Lada Hanafi Ahmad berkata langkah itu dibuat kerana Singapura adalah hab syarikat-syarikat penerbangan asing yang mampu menarik ramai pelancong.

"Kita mengambil peluang itu supaya pelancong yang singgah ke republik itu akan datang ke Langkawi," katanya.

Mengikut perangkaan unit pelancongan Lada, lebih 40,000 pelancong Singapura dan asing berkunjung ke Langkawi tahun lepas.

Hanafi yang akan mengetuai misi jualan di Singapura itu berkata misi itu akan disertai 50 orang yang mewakili 25 pengusaha pelancongan termasuk hotel, ejen pelancongan, pengusaha produk pelancongan dan syarikat-syarikat penerbangan.

Pada misi itu, katanya persembahan kebudayaan Malaysia akan turut diadakan selain perbincangan dengan ejen dan pengusaha pelancongan serta syarikat penerbangan di republik itu.

Beliau berharap misi promosi yang diadakan dapat meningkatkan kehadiran pelancong Singapura dan negara-negara lain yang singgah di republik itu ke Langkawi.

Pada masa ini empat syarikat penerbangan iaitu Silk Air Singapura, Malaysia Airlines (MAS), AirAsia dan Tiger Always mengadakan penerbangan terus Singapura-Langkawi. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan