MBSB Dalam Perancangan Jadi Bank Sepenuhnya

Diterbitkan: Ahad, 18 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Malaysia Building Society Berhad (MBSB), sebuah syarikat berkaitan kerajaan, sedang dalam perancangan untuk menjadi sebuah bank sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ahmad Zaini Othman berkata langkah itu bagi memantapkan kedudukan MBSB, yang merupakan syarikat kewangan yang dikecualikan lesen, daripada segi operasi dan produk yang ditawarkan selain dapat bersaing dengan institusi kewangan lain.

"Perancangan masih pada peringkat awal. Bagaimanapun, kita harap ia boleh tercapai dalam masa terdekat ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kempen pakej "Syoknya Raya" dan penyampaian hadiah kepada pemenang Peraduan Bonus Berganda MBSB di sini Sabtu.

Kempen pakej "Syoknya Raya" menawarkan produk Pembiayaan Peribadi-i Khas selama tiga bulan bermula akhir Jun hingga September 2010.

Pelanggan pakej ini boleh menyertai peraduan Bonus Berganda dan berpeluang memenangi kereta Honda Civic dan pakej percutian sepanjang kempen itu.

Ahmad Zaini berkata pembiayaan peribadi MBSB mampu menarik ramai pelanggan kerana ia menawarkan kadar faedah rendah.

Katanya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, MBSB telah mengagihkan RM1.5 bilion menerusi pembiayaan peribadi dan yakin untuk mencapai RM3 bilion bagi 2010.

Beliau berkata pencapaian RM1.5 bilion itu cukup memberangsangkan kerana ia mengatasi RM1.1 bilion yang dicatatkan sepanjang tahun lepas.

"Tahun ini sahaja, 90 peratus pendapatan kita adalah daripada pinjaman peribadi. Kebanyakan yang membuat pinjaman ini adalah pegawai-pegawai kerajaan dan agensi-agensi kerajaan. Mereka mampu membuat bayaran balik," katanya.

Terdahulu, Pengerusi MBSB Tan Sri Abdul Halim Ali dalam ucapan perasmiannya pada majlis itu berkata MBSB sedang mengembangkan perkhidmatan kewangan Islam bermula di Pantai Timur Semenanjung dengan membuka kaunter perkhidmatan kewangan Islam di tiga pusat iaitu di Dungun (Terengganu), Temerloh (Pahang) dan Kota Baharu (Kelantan).

Katanya MBSB turut mengukuhkan kedudukan dalam perniagaan korporat dengan memperkenalkan program usahasama Musharakah yang menawarkan kerjasama di sektor pengurusan hartanah, pembiayaan kontrak dan pembiayaan aset terutama sekali kepada pemaju, pemilik tanah dan kontaraktor.

"Strategi perniagaan yang disusun dengan begitu baik telah membuahkan hasil yang memberangsangkan. Pada tahun 2009, MBSB mencatatkan peningkatan dalam keuntungan sebelum cukai sebanyak 49 peratus iaitu berjumlah RM80.3 juta berbanding tahun sebelum itu.

"Bagi suku pertama tahun ini, MBSB telah mengumumkan kadar keuntungan sebelum cukai sebanyak RM43 juta, peningkatan sebanyak 341 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2009 sebanyak RM9.7 juta," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan