Kerajaan Persekutuan Akan Usahakan Pembebasan Dua Warga Malaysia Yang Diculik

Diterbitkan: Ahad, 18 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan akan berusaha mendapatkan pembebaan dua orang warga Malaysia pekerja rumpai laut yang diculik dekat Pulau Sebangkat di daerah Semporna di pantai timur Sabah kira-kira enam bulan lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dua orang itu kini dalam tawanan satu kumpulan haram.

"Tidak banyak boleh dilakukan oleh Kerajaan Filipina...kita perlu cuba bebaskan mereka dengan cara lain. Mereka menghadapi halangan oleh hakikat bahawa kumpulan ini banyak menggunakan senjata," kata Najib kepada pemberita selepas menghadiri jamuan tengah hari dengan pemimpin masyarakat Cina Sabah di sini.

Najib diminta mengulas mengenai langkah-langah oleh Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama Filipina bagi membebaskan Tsen Vui Chung, 41; dan Lai Wing Chau, 33.

Dua lelaki itu bekerja dengan syarikat perusahaan rumpai laut, Dynasty Marine Farm.

Pada 8 Feb, lima orang bersenjatakan rifel, sepucuk pistol dan sebilah parang mendarat dalam dua bot dan menculik Tsen dan Lai.

Penculikan itu berlaku beberapa hari selepas Kedutaan AS di Malaysia mengeluarkan amaran berjaga-jaga kepada pelancong dan warganya tentang bahaya meningkat terhadap keselamatan mereka di pantai timur Sabah. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan