Kerajaan Ambil Kira Pandangan Umum Cadangan Loji Janakuasa Arang Batu Lahad Datu

Diterbitkan: Ahad, 18 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kerajaan mengambil kira pandangan dan kebimbangan penduduk termasuk badan bukan kerajaan (NGO) berhubung cadangan pembinaan loji janakuasa arang batu di Lahad Datu.

Pembinaan loji itu bertujuan untuk mengatasi masalah bekalan elektrik di Sabah.

"Kita akan ambil kira pandangan mereka tetapi apa juga yang kita lakukan, ia akan berdasarkan laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA), dan kita akan pastikan kita mematuhi laporan EIA," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pemberita selepas menghadiri jamuan tengah hari dengan pemimpin masyarakat Cina Sabah, di sini pada Ahad.

Beliau berkata pada ketika ini, keutamaan kerajaan ialah membekalkan tenaga di Sabah kerana kejadian gangguan bekalan elektrik masih kerap berlaku.

"Bagi Sabah untuk menjadi negeri maju, Sabah perlu mempunyai bekalan elektrik berterusan tanpa gangguan pada harga yang berpatutan. Pastinya ada alternatif lain tetapi kos bagi alternatif itu lebih tinggi berbanding sistem konvensional.

"Rakyat Sabah tidak bersedia untuk membayar pada kadar lebih tinggi..., bagaimana kita nak bangunkan tenaga alternatif? Dan, untuk jangka masa pendek, tidak terdapat banyak alternatif," katanya.

Najib berkata demikian semasa ditanya mengenai pembangunan teknologi hijau di negara ini, termasuk cadangan pembinaan loji janakuasa arang batu di Lahad Datu di pantai timur Sabah.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman baru-baru ini berkata laporan EIA mengenai cadangan pembinaan loji janakuasa arang batu kontroversi itu dijangka dikeluarkan tidak lama lagi.

Pada September tahun lepas, Najib mengumumkan Felda Sahabat di Lahad Datu dicadangkan sebagai tapak bagi pembinaan loji janakuasa arang batu itu dengan kapasiti 300-megawatt.

Kini, kapasiti bekalan elektrik di pantai timur Sabah ialah 200 megawatt daripada loji janakuasa diesel.

Kumpulan aktivis alam sekitar seperti Green Surf membantah pembinaan loji janakuasa arang batu itu, yang mereka anggap sebagai tenaga "kotor" dan menggesa kerajaan membatalkan cadangan itu.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata kerajaan kini dalam proses mengkaji kemungkinan memberikan insentif kepada sektor swasta, untuk tujuan meningkatkan pelaburan serta meningkatkan lagi kerjasama dengan swasta.

"Semua cadangan berkaitan dengan pemberian insentif kepada sektor swasta akan dipertimbangkan dan jika sesuai, kerajaan mungkin memasukkannya dalam bajet 2011," katanya.

Ketika ditanya mengenai pemberian kontrak kerajaan di Unversiti Malaysia Sabah, yang mengakibatkan beberapa kontraktor tempatan membuat laporan polis baru-baru ini, Najib menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat perkara itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan