SPRM Perlu Segera Siasat Perlombongan Pasir Tidak Terkawal - Berita Semasa | mStar

SPRM Perlu Segera Siasat Perlombongan Pasir Tidak Terkawal

Diterbitkan: Sabtu, 17 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus segera menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dengan perlombongan pasir yang tidak terkawal, terutamanya di negeri Selangor.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kelewatan SPRM memainkan peranannya terhadap isu ini akan menyebabkan kegiatan perlombongan pasir tidak terkawal terus berleluasa sehingga memusnahkan sumber alam negara.

"Mengambil pasir dari muka bumi adalah bertentangan bukan saja dengan Kanun Tanah Negara tetapi ini juga merupakan satu pencurian alat dan juga sumber bumi tanpa satu justifikasi yang jelas.

"Gambar-gambar (perlombongan pasir) menunjukkan begitu besar lubang-lubang ataupun galian yang dilakukan tanpa mengambusnya kembali, ini menunjukkan cara penggalian yang tidak bertanggungjawab.

"Jadi amat aneh sekiranya SPRM tak menyelidik dan menyiasat (isu ini). Saya berasa inilah satu kes di mana suruhanjaya ini harus memainkan peranan yang cepat dan tidak melewat-lewatkan siasatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Rapat 1Malaysia di dataran Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam, Batu Caves di sini pada Sabtu.

Karnival anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu turut dihadiri Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz dan disertai lebih 5,000 masyarakat pelbagai kaum terutamanya masyarakat India sekitar Lembah Klang. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan