Noh Dakwa Terdapat Penyelewengan Dalam Pembelian Pasir Oleh KSSB

Diterbitkan: Sabtu, 17 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini mendakwa mempunyai bukti wujud penyelewengan dan amalan pilih kasih oleh anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dalam menawarkan pembelian pasir kepada syarikat kontraktor.

Beliau mendakwa daripada maklumat yang diperolehnya, sebuah syarikat diberikan diskaun sebanyak 22 peratus atau RM4 bagi pembelian satu tan pasir yang berharga RM17.50 sementara syarikat-syarikat lain hanya diberi potongan 50 sen sahaja bagi setiap tan pasir yang dibeli.

"Atas keistimewaan ini, saya difahamkan syarikat itu telah mengambil kesempatan dengan menjadi broker penjualan pasir kepada syarikat-syarikat lain dan membuat keuntungan besar.

"Adakah syarikat itu menjadi 'proxy' mana-mana parti politik. Apa muslihat kerajaan negeri sehingga beri cukup keistimewaan kepada syarikat itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mendakwa, KSSB turut memberi kemudahan kredit kepada sebuah syarikat dan lima kontraktor untuk mengorek pasir pasir tanpa perlu membayar deposit.

"Syarikat-syarikat terbabit menyalahgunakan keistimewaan itu dengan tidak membayar kepada KSSB selepas mengorek pasir. Sikap pilih kasih ini juga menyebabkan KSSB hanya jadi alat dan kuda tunggangan kepada syarikat-syarikat tertentu," katanya.

Noh mendakwa KSSB juga membenarkan pihak kontraktor memproses dan menjual pasir halus di kawasan melombong tetapi mengeluarkan resit yang menyatakan bagi pengeluaran pasir kasar.

Katanya kerajaan negeri sepatutnya mengambil tindakan dengan memberhentikan pemberian permit pasir sekiranya mereka ingin menyelesaikan masalah pasir dengan telus dan bukan menyalahkan kerajaan Persekutuan atas kegagalan mereka.

Mengenai tindakan kerajaan negeri mengeluarkan senarai nama syarikat dan individu yang menerima lesen untuk menjalankan kegiatan melombong pasir antara 2005 hingga 2007 iaitu sebelum pakatan pembangkang memerintah Selangor, Noh berkata kerajaan negeri sepatutnya turut mengeluarkan senarai nama mereka yang menerima lesen sepanjang tempoh pembangkang memerintah Selangor iaitu pada 2008, 2009 dan 2010.

Noh berkata, beliau bersedia berdepan dengan tindakan disaman oleh kerajaan negeri berikutan pendedahannya mengenai penyelewengan KSSB dalam isu pasir di Selangor.

"Kita ada bukti...ada saksi yang sanggup tampil ke hadapan, kalau mereka (kerajaan negeri) nak saman, samanlah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan