Lebih Banyak Lesen Melombong Pasir Perlu Dikeluarkan - MBAM

Diterbitkan: Sabtu, 17 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) meminta kerajaan mengeluarkan lebih banyak lesen mengorek pasir bagi menangani aktiviti melombong pasir secara haram dan monopoli mengenainya.

Ini akan menjadikan harga pasir lebih kompetitif dan kerajaan boleh memungut lebih banyak royalti, kata Presiden MBAM, Kwan Foh Kwai.

"Dengan kontroversi semasa berhubung perlombongan pasir, kerajaan perlu mempertimbang untuk membuka lebih banyak kawasan dan mengeluarkan lebih banyak lesen berdasarkan permintaan pasaran bagi mengelak kekurangan bekalan pasir.

"Dengan mempunyai lebih banyak pengusaha pasir, harga pasir tidak boleh dikawal oleh sebilangan kecil pengusaha dan monopoli ke atas urusan pasir boleh dielakkan," katanya. Beliau berkata, penggunaan pasir adalah sebanyak antara 15 hingga 17 juta tan sebelum 2007 dan jika Rancangan Malaysia Ke-10 dilaksana mengikut jadual, keperluan pasir untuk pembinaan projek dijangka meningkat hampir 20 juta tan.

Kwan berkata, MBAM bimbang kontroversi berhubung pasir akan menjejaskan bekalan pasir dan industri pembinaan.

"Kerajaan perlu melihat kepada aspek menstabilkan harga semasa pasir dan rangkaian pembekalan di setiap negeri," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan