LAPORAN KHAS: RM10 Juta Beku Selama 6 Tahun Kerana Anak-anak Tidak Sepakat

Diterbitkan: Sabtu, 17 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kes membabitkan keluarga seorang kenamaan dengan nilai aset terbeku berjumlah RM10 juta hanya dapat diselesaikan selepas enam tahun kematiannya, adalah antara beberapa kes unik yang melibatkan harta peninggalan yang dipertikaikan oleh waris.

Ini kerana anak-anaknya gagal mencapai kata sepakat berhubung pembahagian harta berkenaan.

“Peninggalan harta, wang tunai, saham amanah, saham syarikat, simpanan bank dan hartanah bernilai hampir RM10 juta tidak dapat dibahagikan kerana salah seorang anak mempertikaikan wasiat yang dibuat Allahyarham,” kata peguam syarie, Khairul Anwar Rahmat, menceritakan satu kes isu pembahagian harta yang terpaksa dibawa ke mahkamah untuk diselesaikan.

Berdasarkan fakta kes, Allahyarham menghidap sakit kronik dan dimasukkan ke hospital selama lebih dua tahun.

Kata Khairul, sebelum jatuh sakit dan nazak, Allahyarham ada membuat akuan dan menurunkan cap jari pada satu dokumen berhubung pemberian harta kepada anak-anak beliau.

Proses menandatangani dokumen itu dibuat di hospital di hadapan beberapa orang saksi yang dikira layak.

Walaubagaimanapun, salah salah seorang anaknya tidak mahu menerima wasiat itu sebagai dokumen yang sah kerana mendakwa tidak melihat dengan mata kepalanya sendiri peristiwa itu berlaku. Malah, beliau turut mahu lebih banyak bahagian harta untuk dirinya.

Lebih rumit lagi, kata Khairul, anak yang menentang itu menuduh bahawa adik beradik yang lain telah membuat konspirasi dan mengada-adakan wasiat palsu untuk membolot semua harta dan cuba mengenepikan dirinya.

Selepas bertahun-tahun tidak dapat diselesaikan, ada di antara anak si mati membuat keputusan berhijrah ke luar negara sehingga menyukarkan proses perbicaraan mahkamah kerana saksi tidak hadir dan berada di luar negara.

Faktor masa dan kesibukan tugas juga menyebabkan ada yang bersikap lepas tangan dan tidak mahu berusaha menyelesaikan soal pembahagian harta keluarga berkenaan.

Akibatnya, semua harta bernilai jutaan ringgit yang ditinggalkan itu tidak dapat dimanfaatkan oleh waris-waris yang memerlukannya sepanjang tempoh tersebut kerana ia telah dibekukan oleh pihak berwajib sehingga ada di antara mereka jatuh miskin walaupun berasal dari kalangan keluarga berharta.

Mujurlah salah seorang anaknya mengambil inisiatif untuk memfailkan kes itu di mahkamah syariah supaya kaedah faraid digunapakai untuk menyelesaikan pertikaian mereka.

Akhirnya, keluarga VIP berkenaan bersetuju melantik peguam untuk membantu mereka menyelesaikan perkara itu dengan baik.

Selepas enam tahun, kes itu telah berjaya diselesaikan dengan sempurna apabila mahkamah kemudiannya memerintahkan agar kesemua harta peninggalan itu dibahagikan secara faraid iaitu sistem pembahagian harta mengikut kaedah Islam.

“Inilah kaedah penyelesaian terbaik yang berpandukan al-Quran dan Hadis, serta mendapat keredhaan tuhan,” kata Khairul.

Jelasnya, tidak akan timbul permusuhan, dengki, iri hati, perbalahan dan pertikaian jika semua pihak kembali ke mahkamah untuk mencari kebenaran dan keadilan.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan