Habuan Menanti Pemasangan Jalur Gemilang Paling Kreatif

Diterbitkan: Sabtu, 17 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pemasangan Jalur Gemilang paling kreatif sepanjang tempoh sambutan bulan kemerdekaan bermula 1 Ogos ini, bakal menerima habuan daripada kerajaan.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Abdullah Morad berkata, pihaknya sedang meneliti bentuk habuan yang sesuai untuk pemenang.

"Pertandingan ini akan diadakan mengikut beberapa kategori, antaranya kampung, taman, gedung perniagaan, pejabat kerajaan dan swasta.

"Terpulang kepada peserta bagaimana nak pasang Jalur Gemilang mengikut kreativiti masing-masing, nak selimut satu bangunan atau macam mana," katanya kepada pemberita selepas tamat pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia peringkat Kebangsaan 2010 di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat yang mewakili Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

Abdullah berkata, penyertaan adalah terbuka kepada semua rakyat negara ini.

"Apa yang dibuat kerajaan itu sebagai penghargaan kepada semangat patriotik yang ditunjukkan rakyat yang bersungguh-sungguh menyambut kemerdekaan negara," katanya.

Pelancaran sambutan bulan kemerdekaan sempena Hari Kemerdekaan ke-53 tahun ini dijadual diadakan di Perlis dan akan disempurnakan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan