Pelarasan Subsidi Disusuli Pemantauan - Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 16 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SETIU: Pelarasan subsidi ke atas beberapa bahan keperluan termasuk gula dan petrol yang diumumkan oleh kerajaan semalam akan disusuli dengan pemantauan bagi memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kenaikan harga beberapa barangan seperti gula dan petrol ekoran pengurangan subsidi masih mampu diserap oleh peniaga.

"Apa-apa tindakan yang diambil kerajaan untuk melaraskan subsidi juga dilihat tidak membebankan rakyat secara keterlaluan kerana sebahagian besar barangan yang dijual masih dikawal oleh kerajaan," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu, di sini pada Jumaat.

Muhyiddin berkata, mungkin ada pihak yang tidak faham akan mengatakan pelarasan sibsidi ini akan membebankan rakyat kerana rakyat perlu membayar lebih daripada yang dibayar sekarang.

"Bagaimanapun, kerajaan masih menjaga kepentingan rakyat apabila langkah yang diambil ini dilaksanakan secara sederhana dan tidak terlalu bebankan rakyat," katanya.

Menurut beliau, kadar kenaikan juga agak kecil dan sebahagian besar kos barangan berkenaan masih ditanggung oleh kerajaan.

"Sebagai contoh, kenaikan harga 25 sen untuk satu kilogram gula tetapi kerajaan masih menanggung lebih 70 sen untuk bahan itu," katanya.

Beliau berkata, kenaikan harga barangan berkenaan masih tidak tinggi berbanding negara-negara jiran di rantau ini seperti Singapura dan Thailand.

Katanya, keputusan pelarasan tersebut tidak akan menjejaskan kehidupan rakyat kerana masih banyak lagi barangan dan perkhidmatan yang disubsidi.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata rakyat juga akan terus menikmati subsidi dalam dua bidang penting yang tidak terlibat dalam pelarasan subsidi berkenaan iaitu pendidikan dan kesihatan.

"Sebagai Menteri Pelajaran, saya seronok bila bidang pendidikan tidak terjejas dan kekal seperti biasa. Pendidikan boleh dikatakan percuma kerana kita tidak perlu bayar kos persekolahan dan hanya bayar sedikit yuran Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG).

"Kerajaan juga menyediakan pelbagai bantuan termasuk pemakanan dan buku teks yang sudah tentu akan ditanggung oleh rakyat jika kerajaan tidak menyediakan subsidi," katanya.

Bagi bidang kesihatan pula, katanya, kadar bayaran di hospital kerajaan masih kekal seperti biasa iaitu RM1.

"Jika hendak bayar kos ubat dan doktor di klinik swasta atau pakar, kosnya lima hingga enam kali ganda lebih tinggi tapi bila pergi hospital kerajaan, bukan tidak ada bayaran tapi ia bayaran nominal," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan