PAS Tolak Kerjasama Politik Dengan Umno

Diterbitkan: Jumaat, 16 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS sekali lagi mengulangi pendirian mereka untuk kekal bersama Pakatan Rakyat sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 sekaligus menolak sebarang bentuk kerjasama politik dengan Umno-Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu sentiasa bersikap terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat demi kepentingan masyarakat dan umat Islam.

"Kalau kerjasama G to G (kerajaan dengan kerajaan) kita tak ada masalah, ataupun melibatkan isu-isu yang ada kepentingan masyarakat seperti pasir, ataupun ekonomi pun boleh bincang.

"Kalau tak ada kaitan dengan politik, PAS memang tak ada masalah nak adakan perbincangan dengan Umno-BN," katanya pada sidang media di sini Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedia untuk menentukan masa yang sesuai bagi mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membincangkan kerjasama kedua-dua parti demi kepentingan Islam dan orang Melayu.

Sebelum itu Nik Abdul Aziz menyatakan kesediaanya untuk bertemu Muhyiddin bagi membincangkan mengenai kerjasama tersebut.

Namun Mustafa berkata, beliau yakin Menteri Besar Kelantan itu tidak bermaksud untuk menyentuh mengenai kerjasama politik dalam pertemuan berkenaan.

"Tak salah seorang Menteri Besar nak bertemu dengan pemimpin pusat untuk bincang banyak perkara, itu sangat perlu kerana antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat memang ada banyak isu-isu tertunggak.

"Saya tak fikir bahawa pertemuan ini akan sentuh soal kerjasama politik sebab PAS sudah putuskan bahawa kita akan bersama Pakatan Rakyat... Tok Guru sendiri sudah arif tentang perkara ini," katanya.

Selain itu Mustafa menegaskan, PAS sentiasa setia bersama rakannya dalam soal politik dan tidak akan sekali-kali mengkhianati persefahaman yang dipersetujui.

"PAS mesti bersama Pakatan Rakyat sehingga pilihan raya umum akan datang... PAS dalam trek rekodnya tak pernah kianati kawan.

"Walaupun kerjasama dalam pakatan bukan melibatkan undang-undang sebaliknya hanya berdasarkan kepercayaan... PAS tak akan kianat," katanya.

Ditanya sama ada PAS akan mengkaji semula kerjasama berkenaan selepas pilihan raya umum ke-13, Mustafa berkata: "Perkara itu tak berbangkit, kita tak tahu apa akan jadi pada masa depan... sehingga kini kita tetap bersama pakatan."

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan