Mufti Wilayah Berpegang Kepada Fatwanya Berhubung Modul ESQ

Diterbitkan: Jumaat, 16 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh pada Jumaat mempertahankan penwartaan fatwa berkenaan dengan modul kursus motivasi anjuran ESQ Leadership Centre Sdn Bhd yang menurut beliau mengandungi 10 perkara yang boleh merosakkan akidah.

Dalam kenyataan tujuh muka surat untuk menjelaskan respons orang ramai berhubung penwartaan fatwa yang dikeluarkan pihaknya pada 17 Jun lepas, beliau berkata, ia perlu dilihat dalam dua konteks iaitu, hukum syarak dan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 atau Akta 505.

Katanya, pengeluaran fatwa itu dibuat melalui proses ijtihad Mufti dan hukumnya wajib bagi seseorang Mufti berpegang dengan pendapatnya seperti yang disepakati kalangan ulama.

Fatwa itu, katanya, dikeluarkan mengikut kuasa Mufti yang diperuntukkan dalam Perkara 33 Akta 505, dan tiada peruntukan dalam akta itu bahawa Mufti perlu menunggu keputusan daripada mana-mana pihak.

Menyentuh tentang penyelarasan fatwa tersebut dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Wan Zahidi berkata banyak keputusan yang dibuat jawatankuasa berkenaan tidak diselaraskan di peringkat negeri walaupun keputusan dibuat secara konsensus.

Beliau juga berkata fatwa itu adalah berdasarkan fakta-fakta daripada empat hasil kajian termasuk oleh Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) yang dimulakan pada ogos 2008 dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Katanya, huraian lanjut berhubung dengan 10 perkara yang boleh merosakkan akidah dalam modul kursus motivasi ESQ akan dibuat melalui laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan