Jangan Heret Kerajaan Pusat Dalam Kontroversi Pasir - Khir Toyo

Diterbitkan: Jumaat, 16 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor tidak sepatutnya mengheret kerajaan pusat ke dalam kontroversi aktiviti perlombongan pasir tidak terkawal di negeri itu sejak kebelakangan ini, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pada Khamis.

Beliau berkata, tindakan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengutus surat kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa agensi kerajaan bagi meminta kerjasama menangani masalah kecurian pasir negeri itu tidak sepatutnya berlaku kerana perkara itu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Katanya, penguatkuasaan dalam aktiviti perlombongan pasir yang tidak terkawal di beberapa lokasi di Selangor seharusnya dilaksanakan oleh kerajaan negeri sendiri melalui agensinya seperti Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

"Kenapa kerajaan negeri nak babitkan Kerajaan Persekutuan dalam hal ini, mereka ada kuasa dan seharusnya mereka laksanakan usaha penguatkuasaan mengenai isu pasir ini.

"Kerajaan negeri mengatakan mereka tahu lokasi-lokasi kecurian pasir di negeri ini dan kenapa sehingga kini tidak mengambil tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada," katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini.

Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang berkata, pentadbiran kerajaan negeri terdahulu (Barisan Nasional) telah berjaya mengawal tanah-tanah milik kerajaan negeri daripada sebarang aktiviti perlombangan pasir di Selangor.

Pada ketika itu, katanya, dasar kerajaan negeri hanya membenarkan perlombongan pasir di kawasan persendirian dan bukannya di tanah milik kerajaan negeri.

"Sungguhpun begitu, bagi tanah persendirian, kita (BN) tidak membenarkan aktiviti perlombongan tidak terkawal dengan mengorek tanah dalam kerana kerajaan negeri pasa masa itu tidak menjadikan pasir sebagai hasil utama negeri," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan