Isu Pasir: Selangor Harus Selesai Sendiri - TPM

Diterbitkan: Jumaat, 16 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JELI: Kerajaan negeri Selangor seharusnya menggunakan kebijaksanaan sendiri dalam menangani isu perlombongan pasir di negeri itu kerana ia terletak di bawah bidang kuasa mereka dan bukan meminta kerajaan pusat menyelesaikannya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa dalam bidang melibatkan tanah dan air.

"Ia masalah negeri yang sepatutnya diselesaikan oleh Menteri Besar Selangor. Saya tidak mahu hendak ambil tugas Menteri Besar.

"Isu pasir itu terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri bukannya kerajaan pusat," katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Jeli di sini, Khamis.

Media hari ini melaporkan kerajaan negeri Selangor dilihat gagal menangani isu pasir di negeri itu apabila Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengemukakan surat kepada Muhyiddin bagi meminta kerjasama kerajaan pusat untuk membantu menyelesaikannya. Muhyiddin berkata kerajaan Selangor seharusnya menggunakan langkah yang sesuai dalam menangani isu itu kerana negeri itu mempunyai agensi mereka tersendiri.

Katanya, Selangor mempunyai Penasihat Undang-Undang Negeri yang mampu memikirkan cara dan kaedah untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap isu pasir itu.

"Dia (Menteri Besar Selangor) perlu selesaikan isu pasir itu, takkan tidak ada orang yang boleh selesaikan," katanya.

Ditanya sama ada beliau menerima surat daripada Abdul Khalid berhubung isu curi pasir itu, Muhyiddin berkata beliau belum menerima surat berkenaan.

Mengulas mengenai kesediaan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertemu dengan beliau bagi membincangkan kerjasama Umno-Pas, Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata beliau akan tentukan masa yang sesuai untuk pertemuan itu.

"Saya menghargai sikap Datuk Nik Abdul Aziz yang terbuka dalam hal ini," katanya. Beliau berkata perkara yang penting ialah perpaduan antara Pas dan Umno itu terjalin kerana ianya merupakan perkara yang baik.

Muhyiddin berkata kerjasama itu perlu dibincangkan atas permintaan beberapa pihak yang mahukan orang Melayu bersatu kembali.

Beliau menafikan dakwaan yang Umno lemah kerana cuba menjalinkan kerjasama dengan Pas.

"Umno ada kekuatan tersendiri dan merupakan sebuah parti yang memperjuangkan agama Islam serta orang Melayu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan