Harga Minyak Naik: PAS Mahu Peniaga Tidak Ambil Kesempatan

Diterbitkan: Jumaat, 16 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan mengurangkan subsidi bagi petrol, diesel, gas petroleum secair (LPG) dan gula tidak memberi kesan buruk sepenuhnya kepada rakyat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, rakyat perlu melihat secara menyeluruh berhubung keputusan kerajaan itu.

"Memang ada pro dan kontra dalam soal (pengurangan) subsidi, ia bukan 100 peratus tak baik dan bukan 100 peratus baik," katanya di sini pada Jumaat.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan subsidi kerajaan bagi empat bahan berkenaan akan dikurangkan mulai hari ini sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat.

Susulan pengurangan itu, harga gula naik 25 sen sekilogram kepada RM1.90 berbanding RM1.65 sebelumnya.

Sementara petrol RON95 naik kepada RM1.85 sen seliter begitu juga diesel.

Selain itu Mustafa turut berharap agar golongan peniaga lebih bertanggungjawab agar tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan atau perkhidmatan.

"Kebiasaannya bila berlaku kenaikan harga minyak akan dijadikan alasan oleh pihak tertentu untuk naikan harga jualan keranan kos pengangkutan naik.

"Tapi kadang-kala tak setimpal dengan kenaikan harga barang-barang lain, saya harap supaya peniaga tak mengambil kesempatan daripada kenaikan harga barang ini," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan