Umno Perlu Proses Pembaharuan Segera - TPM

Diterbitkan: Khamis, 15 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JELI: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno perlu melakukan proses pembaharuan politik dengan segera bagi mendapatkan semula keyakinan rakyat.

Beliau berkata, proses pembaharuan politik Umno masih perlahan dan sekiranya parti tidak mengambil tindakan segera berhubung perkara itu, ia mungkin akan menjadi ancaman kepada parti pada pilihan raya umum akan datang.

"Proses tranformasi politik (Umno) agak lambat sedikit. Kita harus usahakan apa sahaja kehendak rakyat supaya keperluan yang hendak dilihat masyarakat dilaksanakan.

"Ia perlu dibuat segera. Satu proses pembaharuan perlu dibuat segera," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Jeli, di sini Khamis.

Beliau berkata malahan proses pembaharuan di dalam kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) telah berjaya dilaksanakan.

Muhyiddin menambah, dari aspek pembaharuan dalam kerajaan BN, telah banyak perubahan dilakukan termasuk menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat daripada aspek pendidikan, golongan miskin, meningkatkan jumlah usahawan Bumiputera dan pelbagai lagi bantuan.

Katanya, rakyat juga mahukan kerajaan pimpinan BN menangani segera isu membabitkan rasuah, jenayah dan pendidikan.

"Kesemua perkara itu telah diambil perhatian kerajaan dan tindakan segera diambil," katanya.

Hakikatnya senario politik negara telah berubah dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini sehingga menyebabkan Umno dan BN mengalami kejutan politik dan hilang beberapa negeri kepada pembangkang termasuk kehilangan majoriti mudah di Parlimen pada pilihan raya umum 2008, katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno itu berkata, rakyat sudah terdidik dengan lebih baik berikutan kehadiran internet yang dapat menyalurkan maklumat dengan pantas.

Muhyiddin turut menjelaskan, rakyat kini sudah bijak menilai pemimpin mereka berdasarkan maklumat yang diperolehi biarpun sudah 64 tahun Umno dan BN berjuang untuk rakyat termasuk menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat.

"Ada persepsi kita sudah lama berkuasa, pimpinan yang ada tidak lagi peka dan prihatin, tidak lagi layan rakyat dan tidak ketahui perkembangan yang berlaku di bawah kerana kita leka dengan apa yang kita nikmati selama ini.

"Sebab itu bila sampai pilihan raya umum, mereka pergi ke peti undi dan tidak menyokong kita. Saya sebut ini untuk mengingatkan diri saya soal keberuntungan dan keberkekalan kuasa politik bukan sahaja di peringkat negeri tetapi juga negara," katanya.

Justeru, dengan perkembangan di dalam masyarakat sekarang, keadaan telah menuntut Umno membuat pembaharuan, katanya.

"Kalau tidak...pada pilihan raya umum akan datang senario yang kita lihat hari ini mungkin tidak akan dapat dipertahankan lagi," ujar beliau lagi.

Sementara itu dalam sidang akhbar, Muhyiddin berkata sikap pemimpin di dalam Umno menjadi punca kepada perlahannya pembaharuan berlaku di dalam parti.

Beliau berkata mereka tahu apa yang berlaku dan tidak boleh berdiam diri.

"Mereka tidak boleh buat seperti biasa, sebaliknya mereka perlu dampingi rakyat, mereka perlu cari iktiar untuk selesaikan masalah rakyat," katanya.

Malahan Muhyiddin berkata semua kepimpinan di peringkat akar umbi perlu fokus dalam melaksanakan pembaharuan itu dan beliau yakin pembaharuan mampu dicapai sebelum menjelang pilihan raya umum nanti.

Katanya pembaharuan itu bukan sahaja untuk Umno malah turut dilaksanakan dalam parti-parti komponen BN. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan