Krisis Air Selangor Akan Berlaku - Wecam

Diterbitkan: Khamis, 15 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Krisis bekalan air di Selangor akan benar-benar berlaku sekiranya kebuntuan masalah tersebut tidak diselesaikan segera antara kerajaan negeri Selangor dan kerajaan persekutuan, kata Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (Wecam).

Setiausahanya S. Piarapakaran berkata berikutan kebuntuan tersebut, langkah penyenggaraan saluran paip sedia ada tidak dilakukan yang mana ini akan menyebabkan lebih banyak berlaku paip bocor dan mengganggu proses pembekalan air.

"Ini juga menyebabkan kehilangan air yang tidak mendatangkan hasil akibat kebocoran," katanya.

Wecam mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta Selangor tidak melengah-lengahkan dalam usaha menyelesaikan isu berkaitan perjanjiaan air tersebut antara kedua-dua pihak.

Beliau berkata punca masalah yang dihadapi ialah disebabkan janji kerajaan Selangor untuk memberi bekalan air percuma kepada rakyat seperti yang pernah dibuatnya pada pilihan raya umum lalu.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid pula sebelum ini berkata gesaan Muhyiddin supaya masalah bekalan air itu diselesaikan segera adalah bertujuan melindungi kepentingan kroni Barisan Nasional.

Piarapakaran berkata isu air tersebut jangan dipolitikkan kerana pengguna yang akan terjejas sekiranya perjanjian pembekalan bekalan air mentah antara Selangor dan Pahang masih tertangguh.

Beliau memberitahu, kajian mendapati permintaan air yang telah dirawat di Lembah Klang akan meningkat dan projek pemindahan air dari Pahang ke Selangor dapat membantu memenuhi permintaan tersebut.

"Jika jalan penyelesaian tidak menjelma, pengguna di Selangor akan mula mengalami masalah bekalan air menjelang 2014," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan