Kerajaan Cadang Lancar Klinik Bergerak - Najib

Diterbitkan: Khamis, 15 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan melancarkan klinik bergerak 1Malaysia, sebagai kesinambungan usaha untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada rakyat.

Menurut Perdana Menteri, klinik bergerak itu, yang akan dilengkapi dengan kemudahan rawatan dan boleh melakukan pembedahan kecil, bertujuan memberi perkhidmatan kepada penduduk di kawasan luar bandar.

"Tujuannya ialah bagi sesetengah kawasan yang tidak mempunyai perkhidmatan klinik, boleh mendapat rawatan dari klinik bergerak ini. Saya harap konsep ini (Klinik Bergerak 1Malaysia) boleh dilancar dalam masa terdekat.

"Saya percaya dengan pelancaran klinik ini, lebih ramai penduduk di kawasan luar bandar, kampung-kampung tradisional, estet dan kampung-kampung baru boleh mendapat rawatan kesihatan yang lebih baik dan berkualiti," katanya ketika berucap pada jamuan malam ulang tahun ke-50 Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), malam Rabu.

Beliau berkata selain itu, kerajaan juga bercadang untuk membuka lebih banyak klinik 1Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 berikutan sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Beliau berkata sehingga 4 Julai, sebanyak 644,315 pesakit telah menerima rawatan dari 50 klinik 1Malaysia di seluruh negara.

"Keperluan dan permintaan daripada mereka yang berpendapatan rendah tidak boleh diabaikan.

"Dalam meneruskan pendekatan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, kerajaan mengambil pelbagai pendekatan untuk menyediakan kemudahan rawatan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia," katanya.

Sementara itu, perdana menteri berkata walaupun kerajaan meletakkan sektor perubatan sebagai satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), melalui meningkatkan pelancongan kesihatan, keperluan rawatan dan penjagaan kesihatan rakyat Malaysia tidak akan diabai.

"Kami telah menetapkan sasaran untuk mencapai nisbah seorang doktor untuk 600 orang menjelang 2015 daripada nisbah pada masa ini ialah seorang doktor kepada 900 orang," katanya sambil menjelaskan bahawa Kementerian Kesihatan turut menetapkan sasarannya sendiri untuk mencapai nisbah seorang doktor untuk 400 orang menjelang 2020.

Najib juga berharap dengan tawaran pendapatan yang lebih baik dalam sektor perubatan, lebih ramai doktor dan pakar akan memilih untuk terus berkhidmat dengan kerajaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan