Kahwin Pada Usia Muda Satu Fenomena Yang Masih Berlaku Di Estet

Diterbitkan: Khamis, 15 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN:Perkahwinan seawal usia 12 tahun masih lagi banyak berlaku dalam kalangan kaum India di estet di Negeri Sembilan antaranya disebabkan tahap pendidikan yang rendah.

Sami Kuil Mariamman di Ladang Geddes yang hanya mahu dikenali sebagai Velanaranie, 78, berkata bahawa pada tahun 2009 sahaja, beliau sudah mengkahwinkan lima pasangan kekasih yang masih muda.

"Kelima-lima pasangan ini tidak mendaftarkan perkahwinan mereka tetapi cuma mengikat Thali (tali sebagai simbol pernikahan). Dua orang pengantin perempuan yang saya nikah itu langsung tidak mempunyai kad pengenalan," katanya kepada Bernama.

Masalah lahir tanpa dokumen dan ketiadaan kad pengenalan merupakan satu lagi isu biasa dalam kalangan kaum India yang tinggal di estet.

Dalam kelima-lima kes itu, Velanaranie mengkahwinkan mereka tanpa kehadiran ahli keluarga.Beberapa orang daripada pasangan itu tidak pernah menamatkan alam persekolahan mereka.

Velanaranie berkata, beliau difahamkan terdapat sekurang-kurangnya enam pasangan yang lari dari rumah di ladang itu pada usia di bawah 18 tahun.

"Antara sebab perkara ini terjadi adalah ibu bapa tidak benarkan mereka untuk berkahwin, jadi mereka meninggalkan rumah. Ada juga yang berkahwin kerana sudah mengandung," katanya.

Ketua Kampung Ladang Geddes, Tam Lui Chong, 56, berkata masalah perkahwinan seperti itu menyebabkan ramai keluarga India di ladang itu mempunyai anak yang tidak pernah didaftarkan kelahiran mereka.

"Akibatnya keturunan yang selepas itu mengikut jejak emak bapa dia. Walaupun mereka tidak berpendidikan tinggi, mereka tidak terlibat dalam kegiatan jenayah, cuma masalahnya, pengetahuan am mereka sangat kurang," katanya.

Semasa bancian daftar mengundi di buat baru-baru ini, daripada 160 orang yang mendaftarkan diri, 20 orang masih menggunakan kad pengenalan lama dan tujuh tidak mempunyai kad pengenalan langsung.

"Ini mungkin disebabkan mereka kurang pendidikan dan menjadikan mereka tidak berminat untuk mengetahui apa yang berlaku di sekitar mereka," katanya.

Pemandu lori, K. Naryanan, 24, mengahwini isterinya, M. Kaladevi, 21, ketika wanita itu berusia 15 tahun di Ladang Geddes.

Naryanan, yang berhenti sekolah pada Tahun Enam, mengakui dia sudah belajar bercinta pada usia 14 tahun dan kahwin semasa berusia 18 tahun selepas Kaladevi mengandung.

"Saya beritahu keluarga, kekasih saya sudah mengandung dan mahu mengahwininya, tetapi mereka menentang hasrat saya dan saya keluar dari rumah untuk kahwin dengan Kaladevi," katanya.

Naryanan yang berpendapatan RM600 sebulan mengaku menyesal dengan perbuatannya kerana gajinya hari ini tidak mencukupi, menyebabkan dia dan isteri serta empat anak mereka tinggal dalam sebuah rumah kecil dengan satu tandas tanpa sebarang bilik.

Walaupun miskin, Naryanan tidak pernah memohon sebarang bantuan daripada kerajaan, kerana beliau sendiri tidak tahu adanya bantuan seperti yang disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, kerana jarang membaca akhbar.

Kaladevi pula berkata, beliau tidak pernah bersekolah dan keluar dari rumah kerana perkahwinannya dengan Naryanan tidak direstui oleh ibu bapa.

"Saya ada empat orang anak. Anak sulung saya yang berusia tujuh tahun tidak bersekolah kerana suami tidak mampu," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan