Sijil Kemahiran Modular Kolej Komuniti Tawar 47 Kursus Dalam 9 Sektor

Diterbitkan: Rabu, 14 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, seramai 25,000 pelajar terlibat dalam pengambilan pertama Program Sijil Kemahiran Modular Kebangsaan Kolej Komuniti yang baru diperkenalkan.

"Pengambilan adalah setiap tiga bulan dan yuran pengajian hanya RM10 sebulan dan ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia tidak kira umur dan tahun ini kita sasarkan seramai 50,000 orang akan mengikuti program yang baru diperkenalkan ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program berkenaan yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mohamed Khaled ketika berucap pada majlis itu menjelaskan, golongan yang disasarkan menyertai program Sijil Kemahiran Modular Kebangsaan ini ialah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memasuki pasaran kerja tanpa latihan kemahiran.

"Melalui inisiatif ini, sesuatu sijil kemahiran yang diiktiraf pada tahap Sijil Kemahiran Malaysia 2 dan 3 boleh diperolehi dalam masa antara tiga hingga enam bulan sahaja berbanding tempoh pengajian dua tahun sebelum ini," katanya.

Beliau berkata, penawaran program jangka pendek yang berasaskan kerja sebenar itu akan menjimatkan masa pelajar yang berminat untuk mendalami kemahiran asas mereka dan hanya mahu mengkhusus dalam bidang tertentu sahaja selain dapat menggalakkan lebih ramai untuk mengikuti program itu.

Pada peringkat permulaan, terdapat 47 jenis kursus modular ditawarkan di Kolej Komuniti di seluruh negara yang merangkumi sembilan sektor iaitu (i) servis penyejukan dan penyaman udara, (ii) akuakultur, (iii)servis kenderaan ringan,(iv) pemasangan elektrik, (v) penyelenggaraan bangunan, (vi) menyelenggara dan membaiki bot, (vii)pengendalian pelancongan, (viii) operasi hotel dan (ix) kulinari.

Selain pelaksanaan kurikulum modular itu, beliau berkata, inisiatif lain yang diperkenalkan termasuk menjadikan Kolej Komuniti sebagai Pusat Pentauliahan dan Persijilan Profesional di mana badan profesional akan menjadikan Kolej Komuniti sebagai tempat bagi mereka melahirkan lepasan pelajar yang kelulusannya diiktiraf mereka serta diterima pakai secara meluas oleh pihak industri.

Kolej Komuniti juga akan memainkan peranan melatih masyarakat untuk berjaya dalam bidang perniagaan di mana institusi itu akan memberi latihan bukan saja daripada segi teori dan praktikal malahan panduan daripada segi pinjaman modal serta jenis perniagaan, katanya.

Mengenai program pemindahan ilmu, Mohamed Khaled menjelaskan, Kolej Komuniti perlu memastikan hasil kajian universiti terutama berkaitan perkembangan kemahiran modal insan, perkembangan keupayaan modal dan sumber ekonomi serta hasil yang boleh dinikmati terus oleh masyarakat, melalui aspek ilmu dan praktikal.

Beliau memberikan contoh kerjasama antara Kolej Komuniti dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengenai teknik pembenihan ikan kepada masyarakat.

"Ini bermakna hasil penyelidikan dan penemuan oleh universiti boleh dikembalikan kepada masyarakat melalui inisiatif Kolej Komuniti," ujarnya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan