Panel Program Motivasi ESQ Betulkan Kesamaran Kandungan Modul Latihan

Diterbitkan: Rabu, 14 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Panel Syariah dan Akidah ESQ Leadership Center Sdn Bhd hari ini berkata, ia akan menggalas tanggungjawab untuk mendidik dan memperbetulkan kesamaran kandungan modul kursus latihan syarikat itu yang dianggap menyeleweng sehingga diharamkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Pengerusi Panel Syariah dan Akidah ESQ Datuk Mustafa Abdul Rahman berkata, panel lima anggota itu akan melihat semula segala kekaburan dan kekeliruan yang dinyatakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan pihak-pihak lain.

Beliau berkata, panel itu juga sedang menyemak semula buku-buku yang digunakan sebagai isi kandungan modul latihan syarikat itu.

"Kami merasakan ini tanggungjawab yang besar diberikan kepada kami dan InsyAllah kita akan melaksanakan tugas ini dengan memperbetulkan apa-apa kesamaran," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Mustafa berkata perkembangan berkaitan pembetulan kesamaran kandungan modul itu akan dilaporkan dari semasa ke semasa kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Sebenarnya tanggungjawab menjaga kesucian akidah dan syariah ini adalah tanggungjawab bersama. Sebab itulah, pihak ESQ mempelawa sesiapa yang merasakan terdapat mana-mana modul ESQ yang dianggap tidak selaras dan ada kekaburan, boleh berbincang," katanya.

Mustafa berkata, ESQ akan terus menjalankan kursus-kursus dengan menggunakan modul yang sama di seluruh Malaysia kecuali di Wilayah Persekutuan.

"Kita menghormati pandangan dan apa-apa peraturan yang telah dibuat, oleh itu beberapa kursus (yang dirancang) di Wilayah Persekutuan dibatalkan,"katanya.

Menurutnya empat kursus, melibatkan 1,200 peserta, yang dijadualkan di Wilayah Persekutuan telah dibatalkan dan akan diadakan di negeri lain.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan baru-baru ini mengharamkan modul kursus motivasi anjuran ESQ Leadership Center Sdn Bhd kerana mendapati ajarannya menyeleweng daripada akidah dan syariat islam.

Mustafa mengucapkan terima kasih kepada Majlis Fatwa Kebangsaan kerana menyelesaikan segera masalah itu dan menjawab pertanyaan masyarakat serta 20 syarikat yang berminat untuk menyertai kursus ESQ.

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pagi tadi memutuskan bahawa kursus latihan kepimpinan ESQ boleh dilaksanakan di negara ini dengan pengawasan sepenuhnya oleh panel syariah yang dilantik oleh syarikat itu.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan