Pakar: Kita Tidak Dapat Lari Dari Pembangunan Tenaga Nuklear

Diterbitkan: Rabu, 14 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Malaysia perlu meneliti pembangunan sumber tenaga nuklear untuk kegunaan jangka panjang kerana ia mampu memberikan bekalan tenaga tinggi, kompetitif dan stabil, kata Prof Madya Dr Rosalam Sarbatly, Dekan Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Menurut hasil kajiannya yang bertajuk "Nuklear Sebagai Sumber Tenaga Berpotensi", bekalan bahan api nuklear yang stabil tanpa dipengaruhi oleh pasaran semasa, mudah diperolehi dan menjadikan kos operasi loji lebih stabil mampu menawarkan tarif elektrik yang lebih murah. "Dengan wujudnya bekalan tenaga yang kompetatif dan stabil, ini juga secara langsung dapat menggalakkan pertumbuhan industri yang boleh menawarkan banyak peluang pekerjaan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kajian kemungkinan perlu dibuat secara mendalam merangkumi isu-isu polisi dalaman dan antarabangsa, risiko yang mungkin berlaku, kajian kesan kepada alam sekitar, ekonomi, dan pembangunan sosial dan modal insan serta lokasi yang tepat.

Rosalam berkata, matlamat utama kajian perlu menjurus kepada keuntungan dan kesejahtaraan untuk masyarakat.

Katanya lagi, selain pembinaan loji janakuasa, bagi memastikan bekalan tenaga lebih kompetitif dan stabil, sistem grid agihan kuasa elektrik yang berkongsi kos hampir sama rata dengan kos pembangunan dan operasi loji perlu diambil kira.

"Cabaran utama yang dihadapi dalam membangun sistem grid adalah liputan kawasan luas, berbukit bukau, dan keperluan tenaga setempat yang berbeza-beza," katanya.

Menurut Rosalam, pembangunan sistem tenaga tidak berpusat menggunakan sumber- sumber semula jadi seperti angin, ombak, geoterma, hidro, biomass dan solar, mungkin boleh diguna pakai bagi kawasan terpencil manakala kawasan-kawasan padat penduduk yang mempunyai permintaan tenaga yang tinggi perlu dihubungkan dengan sistem grid kuasa berkapasiti tinggi.

"Di Malaysia kestabilan politik dan kematangan teknologi nuklear dunia merupakan peluang kepada negara untuk membangun dan mengguna pakai teknologi ini bag mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020," katanya.

Jelas Rosalam, berdasarkan kepada pengamatan semasa "sungguhpun ada golongan yang menyokong, tidak kurang juga yang yang masih menghukum teknologi nuklear disebabkan oleh tragedi pengeboman Nagasaki dan Hiroshima pada 9 Ogos 1945 dan tragedi letupan loji tenaga nuklear pada tahun 1986 di Chernobyl, Rusia.

Tragedi letupan loji Chernobyl itu terjadi disebabkan oleh reka bentuk dan pengoperasian loji nuklear yang lemah, kaedah operasi tidak teratur, pembuatan dan pengendalian kurang berpengalaman serta sebelum adanya pemantauan ketat oleh pihak berkuasa antarabangsa dan tempatan, katanya lagi.

"Tetapi dengan kematangan dan pemantauan ketat terhadap teknologi nuklear, ini memberi satu kekuatan kepada pengurusan risiko yang lebih mapan.

"Tidak seperti kebanyakan teknologi, teknologi nuklear tidak mudah berubah mengikut peredaran zaman dan perlu mematuhi piawaian-piawaian yang telah ditetapkan. Pembinaan dan operasi loji nuklear pula dikawal selia dengan ketat oleh pihak berkuasa tempatan dan juga International Atomic Energy Agency (IAEA)," katnya.

Rosalam berkata, dengan pemantauan rapi, piawaian-piawaian yang ketat, dan pengalaman lampau, kecuaian yang menyebabkan tragedi letupan tidak mungkin berulang. Beliau menjelaskan, janakuasa hidro-elektrik mampu menghasilkan tenaga elektrik yang besar dengan kos operasi dan baik pulih yang murah dan tidak menghasilkan bahan-bahan pencemaran.

Bagaimanapun pembinaan ampangan berskala besar boleh mendatangkan kerosakan terhadap ekosistem disebabkan oleh penenggelaman kawasan hulu dan pengeringan di bahagian hiliran, katanya.

Rosalam turut menegaskan, tenaga nuklear terhasil daripada proses pembelahan logam berat seperti uranium dan plutonium, dan ia juga dikategorikan sebagai sumber tenaga tidak boleh jana semula. "Uranium dan plutonium umumnya boleh ditemui terbiar di merata-rata tempat. Uranium sebenarnya berasal dari planet Uranus yang telah jatuh ke bumi juga dikenali sebagai meteorit," katanya.

Antara negara-negara yang mempunyai rizab simpanan tenaga nuklear yang banyak ialah Khazakhstan, Australia dan Afrika Selatan.

"Berdasarkan kajian semasa, sumber tenaga nuklear mampu bertahan untuk tempoh melebihi 300 tahun," kata Rosalam.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan