Meliodosis: Dua Lagi Anggota Penyelamat Mungkin Dijangkiti

Diterbitkan: Rabu, 14 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua anggota penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari mangsa lemas di Pusat Rekreasi Lubuk Yu, Maran, Pahang bulan lepas, mungkin menjadi kes terbaru jangkitan wabak Melioidiosis dan Leptospirosis.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata mereka yang terdiri daripada penyelamat awam dan sukarelawan operasi berkenaan, telah dimasukkan ke Hospital Selayang di sini serta berada dalam keadaan stabil.

Beliau berkata sehingga hari ini, jumlah mereka yang masih berada di hospital ialah enam orang termasuk satu kes di unit rawatan rapi dan dua lagi telah dibenarkan balik ke rumah masing-masing.

"Ujian makmal ke atas sampel air mengesahkan kehadiran bakteria Leptospira. Sementara itu, aktiviti saringan yang dijalankan di kawasan kampung berdekatan dengan tempat kejadian mengesan enam penduduk kampung yang demam dan kesemua mereka dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Bagaimanapun, Dr Mohd Ismail berkata semua penduduk kampung itu berada dalam keadaan stabil dan memandangkan mereka tidak terlibat dalam operasi menyelamat mangsa lemas secara langsung, risiko jangkitan wabak adalah rendah.

"Kementerian ingin menegaskan bahawa jangkitan Leptospirosis dan Meliodosis tidak boleh menular dari seorang ke seorang. Oleh itu masyarakat tidak perlu panik kerana ia tidak boleh tersebar di dalam komuniti," katanya.

Beliau berkata jangkitan wabak berkenaan hanya terjadi apabila seseorang terdedah kepada air atau tanah yang tercemar oleh bakteria Leptospira.

"Oleh itu, mereka yang menghadapi luka di kulit disaran tidak mendedahkan diri mereka kepada air yang dikhuatiri tercemar dengan najis tikus seperti sungai-sungai di taman-taman rekreasi," katanya.

Orang ramai diminta menjaga kebersihan tempat-tempat berkenaan serta persekitaran rumah mereka agar tidak menarik perhatian tikus yang boleh mencemari air dan tanah sehingga mendatangkan risiko jangkitan.

Setakat ini, wabak itu telah meragut nyawa enam daripada 110 penyelamat yang terbabit dalam operasi itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan