MB Selangor Tulis Surat Kepada TPM Mengenai Isu Pasir

Diterbitkan: Rabu, 14 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menulis surat kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, memberikan penjelasan mengenai isu kegiatan melombong pasir di negeri itu.

Beliau berkata salinan surat itu turut dihantar kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

Khalid turut menyelar pemimpin-pemimpin Umno yang memainkan isu perlombongan pasir secara haram dan mendakwa kegiatan itu juga berleluasa semasa negeri itu ditadbir Barisan Nasional (BN).

"Isu ini sudah berlarutan selama 30 tahun, ia tidak dapat diselesaikan dalam dua tahun," katanya kepada pemebrita selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri di sini pada Rabu.

Katanya pada Jumaat ini, beliau akan mengeluarkan senarai nama mereka yang menerima lesen untuk menjalankan kegiatan melombong pasir sebelum pakatan pembangkang berkuasa di Selangor pada Mac 2008.

Beliau berkata senarai nama itu akan termasuk penerima dan mereka yang mendapat faedah daripada kegiatan melombong pasir pada 2006, 2007 dan awal 2008.

"Kami akan berikan nama syarikat dan individu (yang menerima lesen)," katanya.

Khalid berpendapat pengurusan syarikat perlombongan pasir milik kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), boleh diperkukuhkan lagi.

Beliau juga berkata sistem pengurusan sedia ada yang diamalkan dalam syarikat itu telah berjaya meningkatkan pendapatan daripada pasir daripada RM2.9 juta (2007) kepada RM6.3 juta (2008), RM5.4 juta (2009) dan RM10.3 juta (sebelum cukai pada 2010 setakat Jun).

Khalid menyelar kenyataan-kenyataan tidak bertanggungjawab yang dibuat terhadap kegiatan perlombongan pasir di Kampung Olak Lempit di daerah Kuala Langat.

"Semasa ditanya mengenai kegiatan itu, operasi perlombongan pasir di kawasan Olak Lempit dikendalikan oleh KSSB," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan