MAS & AirAsia Diiktiraf Antara Terbaik Di Changi

Diterbitkan: Rabu, 14 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Syarikat penerbangan kos rendah Malaysia AirAsia muncul buat pertama kali sebagai salah satu '10 Syarikat Penerbangan Pengangkutan Penumpang Terbaik' di Anugerah Syarikat Penerbangan Changi 2010.

Satu lagi syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines juga termasuk di dalam senarai tersebut bersama-sama Cathay Pacific, Emirates, Garuda Indonesia, Jetstar Asia, Qantas Airways, Silkair, Singapore Airlines dan Tiger Airways.

Changi Airport Group (CAG) malam Selasa meraikan kerjasamanya dengan syarikat-syarikat penerbangan sebagai penghargaan kepada syarikat tersebut yang telah menyumbang kepada status hub udara Singapura.

TNT menerima penghormatan sebagai 'Rakan Kongsi Terbaik Tahun Ini' berikutan usaha strategiknya untuk membangunkan Singapura sebagai hub rantau Asia dalam jaringan globalnya.

Sepuluh Syarikat Penerbangan Pengangkutan Kargo Terbaik" adalah Air Hong Kong, Asiana Airlines, Cathay Pacific, China Airlines, EVA Airways, Federal Express, Japan Airlines, Korean Air, Qantas Airways dan Singapore Airlines Cargo.

Anugerah juga diberikan kepada syarikat penerbangan daripada lain-lain rantau yang mencatatkan pertumbuhan tertinggi trafik penumpang tahun lepas.

Syarikat-syarikat itu ialah Tiger Airways (Singapura), Cebu Pacific Air (Asia Tenggara), Cathay Pacific (Asia Timur Laut), Sri Lankan Airways (Asia Selatan), Jetstar Airways (Pasifik Barat Daya), Qatar Airways (Timur Tengah) dan Lufthansa (Eropah).

Bagi pengangkutan kargo, lima syarikat penerbangan terbaik berdasarkan pertumbuhan ialah Air Hong Kong, Qantas Airways, Delta Airlines, TNT Airways dan China Eastern Airlines.

Pertumbuhan trafik Lapangan Terbang Changi pada 2010 mencatatkan pertumbuhan trafik penumpang sebanyak 16.7 peratus, sementara fret naik 17.3 peratus pada lima bulan pertama tahun ini.

Lapangan terbang itu dijangka memecahkan rekod pergerakan penumpang iaitu 37.7 juta pada 2008, tahun ini.

Setakat 1 Julai, Lapangan Terbang Changi menyaksikan 89 syarikat penerbangan menggendalikan lebih 5,000 penerbangan berjadual setiap minggu ke lebih 200 bandar raya di lebih 60 negara dan wilayah.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan