KPKT Rancang Wujud 9 Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Baru

Diterbitkan: Rabu, 14 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Chor Chee Heung (tengah) ditemani Pengarah Urusan KUB-Berjaya Enviro Sdn Bhd, Chock Eng Tah dan Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Datuk Nadzri Yahaya (kanan) ketika melawat Pusat Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari di Bukit Tagar, Rabu. - Foto THE STAR Oleh AZHAR MAHFOF
Datuk Chor Chee Heung (tengah) ditemani Pengarah Urusan KUB-Berjaya Enviro Sdn Bhd, Chock Eng Tah dan Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Datuk Nadzri Yahaya (kanan) ketika melawat Pusat Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari di Bukit Tagar, Rabu. - Foto THE STAR Oleh AZHAR MAHFOF

BUKIT TAGAR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merancang untuk mewujudkan sembilan tapak pelupusan sisa pepejal sanitari yang dijangka mula beroperasi menjelang 2012.

Menterinya, Datuk Chor Chee Heung berkata, tapak pelupusan sisa pepejal sanitari diwujudkan berikutan kaedah itu lebih ekonomik dan mesra alam sekitar.

Menurut beliau, pada masa ini terdapat empat tapak pelupusan berkenaan, masing-masing tiga di Selangor dan satu di Johor.

“Rancangan untuk membangunkan sembilan tapak pelupusan sisa pepejal sanitari itu membabitkan kos keseluruhan kira-kira RM270 juta.

“Ia kini dalam proses penilaian di bawah Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi memastikan pembangunannya tidak menjejaskan hidupan flora dan fauna di kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan KPKT ke Pusat Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari di sini pada Rabu.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Datuk Nadzri Yahaya, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Datuk Zaini Md Nor dan Pengarah Urusan KUB-Berjaya Enviro Sdn Bhd, Chock Eng Tah.

Antara lokasi bagi tapak pelupusan sisa pepejal sanitari baru yang akan dibangunkan itu seperti Manjung (Perak) Rimba Emas (Perlis), Bukit Pagoh (Johor), Sungai Udang (Melaka), Kemaman (Terengganu), Temerloh (Pahang) dan Ladang Tanah Merah (Negeri Sembilan).

Dalam pada itu, Chee Heung berkata, setakat ini terdapat 290 tapak pelupusan sisa pepejal di negara ini dan daripada jumlah itu, 176 masih beroperasi.

Berdasarkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), katanya, kerajaan kini sedang menaiktaraf 32 tapak pelupusan sisa pepejal kepada jenis sanitari.

“Walaupun kos untuk mewujudkannya (tapak pelupusan sisa pepejal sanitari) adalah lebih tinggi berbanding tapak pelupusan biasa, namun ia mampu menjimatkan kos sehingga berbilion ringgit bagi tempoh jangka panjang.

“Justeru, kerajaan akan berusaha untuk memperbanyakkan tapak pelupusan seumpama ini pada masa akan datang,” katanya.

Beliau menambah, pada masa ini jumlah sisa pepejal yang dihasilkan negara adalah 17,000 tan pada setiap hari dan jumlah itu akan meningkat kepada 30,000 tan pada tahun 2020.

Secara purata, kos pengurusan sisa pepejal menerusi tapak pelupusan jenis sanitari sebanyak RM40 bagi setiap tan berbanding kira-kira RM200 bagi setiap tan menerusi tapak pelupusan biasa.

Pusat Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Bukit Tagar dimajukan oleh KUB Berjaya Enviro Sdn Bhd.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan