Kegiatan Melombong Pasir Haram Masalah Selangor - Khir Toyo

Diterbitkan: Rabu, 14 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohd Khir ketika melawat kawasan melombong pasir secara haram di Kampung Chuang Rasa di Hulu Selangor di sini pada Selasa. Foto The Star Oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI.
Mohd Khir ketika melawat kawasan melombong pasir secara haram di Kampung Chuang Rasa di Hulu Selangor di sini pada Selasa. Foto The Star Oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI.

HULU SELANGOR: "Ini masalah mengenai negeri Selangor, ia tidak ada kena mengena dengan politik," tegas bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo semasa membuat lawatan tergempar ke Kampung Chuang Rasa di sini pada Rabu untuk meninjau dakwaan ada pihak tidak bertanggungjawab melombong pasir di kawasan itu.

Mohd khir menggesa kerajaan Selangor di bawah pemerintahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim supaya menyiasat siapa dalang di sebalik aktiviti itu dan mencari jalan penyelesaian sebelum ia bertambah teruk.

Katanya, jelas sekali kawasan itu tidak mempunyai permit daripada pihak berkuasa untuk melombong pasir malah anak syarikat milik kerajaan Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) tidak tahu-menahu mengenai aktiviti haram di situ.

"Kerajaan Selangor tak mengaku, KSBB pun tak mengaku jadi siapa yang perlu bertanggungjawab dalam hal ini?" katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan pihak yang akan memulihara kawasan itu dan beberapa kawasan lain yang turut tercemar demi kebaikan negeri itu.

"Ambil tindakan segera bagi kebaikan negeri Selangor dan tutup semua kawasan yang melakukan kegiatan itu tanpa permit daripada pihak berkuasa," katanya.

Pada lawatan itu, Mohd Khir yang turut diiringi oleh ADUN Rasa, Wong Koon Mun meninjau kawasan itu dan mendapati ia lengang. Pengusaha tempat tersebut dipercayai telah menghidu kehadiran beliau dan media.

Malah beberapa jentera yang digunakan untuk mengorek pasir turut disorokkan di dalam semak bagi menggelakkan ia dilihat oleh rombongan itu.

Aktiviti haram dalam Mukim Kuala Kubu Baru itu dipercayai berjalan sejak tiga bulan lalu dan sehingga kini dianggarkan 20 hektar tanah telah tercemar serta merosakkan ekosistem semulajadi tempat terbabit.

Malah Mohd Khir mendakwa, kira-kira satu juta tan pasir telah di bawa keluar dari kawasan itu sehingga telah membentuk sebuah tasik yang dipercayai mempunyai kedalaman lima tingkat bangunan.

"Kawasan ini pada asalnya adalah hutan dan tidak mempunyai sebarang tasik atau kolam tetapi apa yang dapat dilihat ekoran aktiviti melombong pasir sekarang adalah sebaliknya.

"Malah jalan yang memisahkan tempat tersebut dengan Sungai Selangor turut terhakis menyebabkan air yang bertakung di tasik itu melimpah ke sungai," katanya.

Katanya, Sungai Selangor menjadi sumber bagi dua logi air di Bukit Badong dan Bukit Tagar yang menjadi punca air ke rumah di sekitar Lembah Klang.

Sementara itu, Mohd Khir turut menyangkal dakwaan pihak pembangkang yang menuduh beliau membiarkan kes curi pasir semasa beliau memerintah negeri itu.

Menurutnya, pada tahun 2005, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menutup lebih 20 kawasan yang dikenalpasti melakukan aktiviti haram itu dan pada tahun 2006, kes melibatkan curi pasir tidak lagi timbul.

Beliau turut membidas Khalid yang didakwa menjadikan penjualan pasir sungai sebagai sumber pendapatan utama negeri itu.

"Selangor tidak patut menjadikan pasir sebagai pendapatan utama negeri. Ini kerana ia akan memberi kesan buruk kepada struktur tanah dan nilai kepada sesuatu kawasan itu.

"Ini akan merugikan negeri Selangor dan rakyatnya," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan