Kajian Dapati Program Khidmat Negara Lonjakkan Semangat Patriotisme Sehingga 80%

Diterbitkan: Rabu, 14 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kajian telah menunjukkan, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)telah menjadikan generasi muda Malaysia lebih patriotik.

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu mendapati, semangat patriotisme para pelatih Program Khidmat Negara melonjak kepada 80 peratus selepas menghadiri program ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mendedahkan perkara ini berkata, ini membuktikan program tersebut berjaya membentuk jatidiri para pelatih dan mengubah keseluruhan sikap mereka kepada menjadi seorang warganegara yang lebih baik.

Untuk program akan datang, lebih 140,000 peserta telah terpilih bagi mengikuti kursus di pelbagai kem latihan di seluruh negara.

Beliau juga berkata, tinjauan susulan akan turut dilakukan ke atas bekas-bekas pelatih.

Katanya, kerajaan telah membelanjakan RM6 bilion sepanjang tempoh enam tahun untuk program ini yang kini berjaya melatih 500,000 peserta.

Dalam pada itu, Zahid berkata, pihak kementerian juga bercadang untuk mempelawa wakil-wakil media supaya turut serta mendalami dan mengikuti program ini selama tiga hari dua malam sebagai langkah untuk mendedahkan mereka bagaimanakah bentuk latihan yang diberikan kepada para peserta.

Ketua Pengarah Jabatan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil ketika ditemui pemberita berkata, 140,000 calon program akan datang boleh memeriksa status mereka melalui laman web jabatan bermula Khamis.

Katanya, para peserta boleh melayari www.khidmatnegara.gov.my atau semak melalui sms dengan menaip PLKN

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan