Jawatankuasa Khas Fatwa K'saan Putuskan Program ESQ Boleh Diteruskan Dengan Pemantauan

Diterbitkan: Rabu, 14 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Muzakarah Jawatankuasa Khas Fatwa Kebangsaan memutuskan, modul pengajaran dan latihan yang dijalankan oleh syarikat ESQ Leadership Center Sdn Bhd yang menimbulkan kontroversi sebelum ini, boleh dilaksanakan dan tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Bagaimanapun jawatankuasa itu juga memutuskan, ia mestilah diawasi oleh panel syariah yang dilantik ESQ.

Pengerusi jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, keputusan itu dibuat setelah muzakarah yang bersidang pada 16 Jun lalu berpuas hati dan berpandangan bahawa kebanyakan unsur-unsur keraguan yang terkandung dalam kursus tersebut boleh diperbetul dan diperjelaskan.

Katanya, muzakarah turut memutuskan pihak ESQ perlu membuat perubahan dan memperbetulkan dengan segera fakta-fakta, kenyataan atau apa jua aktiviti dan perlakuan yang boleh menimbulkan keraguan atau yang boleh ditafsirkan sebagai bertentangan dengan syariat Islam.

"Sepertimana yang termaktub dalam undang-undang, kuasa untuk mengeluarkan fatwa adalah terletak di bawah bidang kuasa negeri.

"Muzakarah menghormati fatwa yang dikeluarkan oleh negeri-negeri termasuklah fatwa mengenai ESQ yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan," katanya ketika mengumumkan keputusan mengenai status ESQ di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini, Rabu.

Abdul Shukor berkata, muzakarah juga bersetuju membuat ketetapan bahawa panel syariah ESQ perlu bertanggungjawab dan memantau sepenuhnya pembetulan atau pindaan yang dibuat dan pelaksanaan tindakan tersebut perlu dilaporkan secara berterusan kepada muzakarah.

Katanya, keputusan muzakarah itu dibuat berasaskan pertimbangan anggota muzakarah yang bersetuju mengambil pendekatan berbincang, mendidik dan memperbetulkan apa jua keraguan yang ditimbulkan daripada terus menghukum.

"Sikap keterbukaan dan kesediaan pihak eksekutif ESQ dan panel syariah ESQ untuk berbincang dan menerima teguran serta pembetulan terhadap apa jua yang difikirkan boleh mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam," katanya.

Pada 9 Julai lalu, akhbar Berita Harian memetik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul program motivasi anjuran ESQ kerana mendakwa ajarannya menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.

Muftinya, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, menandatangani warta yang mengharamkan modul program motivasi itu pada 10 Jun lalu mengikut subseksyen 34 (1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.

Mengikut warta yang dikeluarkan laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada 17 Jun lalu, program ESQ yang diasaskan warga Indonesia, Ary Ginanjar Agustin, diharamkan kerana mendukung fahaman liberalisme, iaitu memahami atau mentafsir nas agama (al-Quran dan sunnah) dan fahaman pluralisme yang mengajar semua agama adalah sama.

Mengikut warta itu, kedua-dua fahaman itu adalah sesat dan membawa kepada kekufuran.

Pada hari yang sama Pengurus Besar ESQ, Marhani Yusof mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan bahawa program motivasi mereka telah mendapat sokongan daripada lima mufti iaitu Mufti Perak, Pahang, Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Pengerusi Panel Syariah ESQ, Datuk Mustafa Abdul Rahman dan Penasihat Agama Istana Johor, Datuk Noh Gadot.

Dengan perkembangan terbaru hari ini, ESQ dijangka akan mengadakan sidang akhbar pada jam 2.30 petang ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan