Rakyat Perlu Keluar Dari Kerangka Kerja Konvensional Untuk Jayakan MBE

Diterbitkan: Selasa, 13 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia perlu memikirkan perkara baru dan keluar daripada kerangka kerja konvensional bagi memastikan kejayaan Model Baru Ekonomi (MBE) sejajar usaha mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan menggariskan rancangan terperinci dalam MBE dengan matlamat tiada rakyat hidup dalam kemiskinan selain berkongsi kekayaan serta kemakmuran negara.

"Pendekatan penyusunan ekonomi melalui amalan konvensional banyak menimbulkan masalah kepada kestabilan dan kesejahteraan ekonomi, apatah lagi melihat kepada kejatuhan model ekonomi barat yang berteraskan amalan riba dipelopori dan ditunjangi oleh Amerika Syarikat mengalami kegagalan," katanya ketika merasmikan Seminar 'MBE: Tinjauan Dari Perspektif Islam' di sini, pada Selasa.

Turut hadir Pengarah IKIM Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.

Abdullah yang juga bekas perdana menteri berkata dalam konteks ini, MBE diperlukan khusus bagi memenuhi keperluan negara Islam iaitu model yang keluar dari rangka kerja lama dan mempunyai nilai-nilai Islam yang boleh menjadi penyelamat dan rahmat kepada umatnya.

Sehubungan itu, katanya, dalam menjayakan aspek MBE, prinsip 'al-adl wal ihsan' iaitu menghayati semangat keadilan dan muafakat perlu ditekankan dengan menitik berat soal keadilan dalam semua perkara, mengharamkan penindasan, amalan riba, rasuah, monopoli yang tidak seimbang, manipulasi pasaran serta segala bentuk penyelewengan atau perkara yang menzalimi dan merugikan pihak lain.

Beliau berkata dasar MBE yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menerapkan konsep Islam Hadhari yang menjadi asas panduan dalam mencapai pembangunan dan kestabilan ekonomi negara.

"Apabila tiada disebut, orang tidak nampak (Islam Hadhari), apa yang dilakukan awal lagi sudah ada panduan dan dengan itu, pembangunan ekonomi yang berasaskan model kerangka baru (MBE) menjadi satu tranformasi yang baik bagi menjamin pembangunan negara, kejayaan dan kemakmuran rakyat," katanya.

Beliau berkata model ekonomi itu boleh menjadi pemangkin pembangunan serta kemajuan masyarakat serta negara apabila dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Seminar dua hari anjuran IKIM itu bertujuan menjelaskan MBE dalam memacu kemajuan ekonomi selain membincangkan dasar itu dari sudut pengurangan tenaga kerja murah asing, infrastruktur yang menyokong inovasi, kewangan yang kukuh.

Seminar itu diharap dapat melahirkan beberapa cadangan, rumusan, resolusi dan garis panduan ke arah mewujudkan Model Baru Ekonomi Islam di dunia. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan