Pusat Cadang Ambilalih Sistem Pengurusan Pepejal

Diterbitkan: Selasa, 13 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan pusat bercadang untuk mengambilalih sistem pengurusan sisa pepejal di seluruh semenanjung bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pembayar cukai pintu tanpa caj bayaran tambahan.

Kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Hueng, masalah seperti trak sampah yang kotor berulang-alik di jalan dan tindakan memungut sampah yang tidak teratur bakal menjadi sejarah.

“Saya mempunyai keyakinan penuh bahawa pengambilalihan ini akan berjaya walaupun orang lain masih lagi skeptikal mengenainya,” kata beliau dalam temuramah eksklusif bersama akhbar The Star.

Menurut menteri itu lagi, kerajaan pusat akan membayar tiga syarikat konsesi, Alam Flora (wilayah tengah), E-Idaman (wilayah Utara) dan Southern Waste Management(wilayah Selatan) untuk melaksanakan tugas berkenaan.

Beliau menambah, dengan pengambilalihan ini, orang awam akan dapat menikmati perkhidmatan yang lebih baik dan sempurna dengan kadar bayaran taksiran yang sama.

Bagaimanapun, katanya, pihak berkuasa tempatan perlu membayar kepada Kerajaan Pusat kerana mereka tidak lagi akan menguruskan perkhidmatan ini.

Walaupun demikian menurut Chor, kerajaan pusat masih terpaksa menanggung kos yang lebih kerana jumlah bayaran yang bakal dikutip daripada pihak berkuasa tempatan tidak akan mencukupi untuk membayar syarikat konsesi yang telah dilantik bagi menguruskan sisa pepejal di seluruh negara.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas jumlah bayaran konsesi yang akan diberikan kepada tiga syarikat pengurusan berkenaan selepas pengambilalihan bermula tahun hadapan.

Idea untuk menswastakan pengurusan sistem pepejal di negara ini telah dicadangkan 12 tahun lalu.

Rancangan itu telah dilaksanakan namun lebih kepada kaedah sistem pengurusan sistem pepejal asas sahaja.

Syarikat konsesi telah mengambil alih pengurusan sistem pengurusan pepejal daripada pihak berkuasa tempatan disebabkan oleh beberapa isu tertunggak seperti bagaimana kaedah pengiraan caj baru yang perlu ditanggung mereka diselesaikan.

Antara cadangan yang dikemukakan ialah, mengenakan bayaran kepada orang ramai mengikut jumlah sampah yang dibuang oleh mereka dan sampah itu mestilah dimasukkan dalam plastik sampah khas.

Bagaimanapun cadangan itu tidak mendapat respon positif daripada orang ramai.

Chor berkata, syarikat konsesi berkenaan tidak dapat melaksanakan kerja mereka dengan baik kerana tidak mendapat bayaran yang setimpal daripada pihak berkuasa tempatan.

Kerajaan Selangor telah menswastakan sistem pengurusan pepejal sejak 10 tahun lalu dan ia diikuti oleh negeri-negeri lain.

Namun kerajaan Pulau Pinang memberi isyarat bahawa mereka tidak berminat dengan cadangan yang dikemukakan oleh Kerajaan Pusat ini.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan