PM Disaran Timbang Cadangan Pendakwaan Kes Rasuah Ditentukan SPRM

Diterbitkan: Selasa, 13 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah mencadangkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak agar kuasa pendakwaan kes rasuah diletakkan di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bukan di bawah Jabatan Peguam Negara.

Pengerusi jawatankuasa itu Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad berkata Perdana Menteri telah memberi jaminan akan mempertimbangkan cadangan tersebut.

Radzi berkata, cadangan itu terkandung dalam laporan Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah yang dikemukakan kepada Najib Jumaat lepas.

"Kita syorkan untuk meminda Seksyen 145 (3) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Peguam Negara saja yang boleh mengemukakan sebarang prosiding jenayah dalam mahkamah.

"Di bawah Seksyen 58, Akta SPRM juga menyebut bahawa segala pendakwaan mesti mendapat persetujuan pendakwa raya dan ini mungkin menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat kerana SPRM tidak mempunyai kuasa pendakwaan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Mohd Radzi yang juga anggota Parlimen Kangar berkata antara cadangan lain yang dikemukakan kepada Najib ialah berhubung isu kewangan dan perjawatan serta penubuhan suruhanjaya khas perkhidmatan awam khas untuk SPRM.

"Laporan tahunan ini juga sudah diedarkan kepada anggota Parlimen dan Senator, jadi selepas ini mereka boleh membahaskan isu-isu yang terdapat di dalam laporan ini di dalam dewan," katanya.

Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Akta SPRM 2008 itu bertujuan menasihati Perdana Menteri mengenai masalah rasuah di negara ini selain menerima laporan tahunan SPRM dan menerima ulasan daripada Lembaga Penasihat SPRM. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan