Perkasa Bukan Parti Perkauman - Ibrahim Ali

Diterbitkan: Selasa, 13 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hari ini menempelak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pula kerana melabelkan pertubuhan itu sebagai rasis.

“Itu pandangan peribadi dia (Nazri). Beliau boleh cakap apa sahaja yang dia mahu.

"Kami bukan pertubuhan perkauman. Apa yang diperkatakannya, tidak penting kerana apa yang penting, Perkasa kini telah mempunyai lebih 200,000 ahli di seluruh negara,” katanya kepada mStar Online hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mohamed Nazri yang melabelkan Perkasa sebagai sebuah pertubuhan perkauman dan ia perlu segera dihapuskan kerana bimbang perjuangannya akan merosakkan pemikiran rakyat berbilang kaum di negara ini.

Mengulas lanjut, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, beliau tidak akan tunduk hanya kerana desakan daripada seorang menteri semata-mata.

“Ahli-ahli Perkasa punya hak untuk menentukan halatuju mereka. Selamat tinggal kepada Nazri, siapa dia untuk desak kami dihapuskan,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan