Penukaran LCCT Sebagai Terminal Kargo Udara Tingkat Kapasiti KLIA

Diterbitkan: Selasa, 13 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penukaran Terminal Penerbangan Tambah Murah (LCCT) kepada Terminal Kargo Udara akan menambahkan kapasiti gudang kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebanyak 320,335 tan metrik setahun, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata dengan langkah itu keseluruhan kapasiti kargo di KLIA akan meningkat kepada 1.32 juta tan metrik setahun.

"Pertambahan kapasiti ini dapat menampung keperluan permintaan syarikat-syarikat yang telah menunjukkan minat menggunakan terminal ini," katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar di persidangan Dewan Rakyat di sini, pada Selasa.

Tengku Azlan bertanya apakah perancangan yang telah disediakan untuk mengisi kekosongan bangunan LCCT lama apabila LCCT yang baru siap untuk digunakan.

Kong berkata penukaran LCCT sedia ada kepada Terminal Kargo Udara itu sesuai dengan reka bentuk terminal itu dari mula lagi.

"Reka bentuk terminal ini adalah bagi kegunaan sementara operasi penerbangan tambang murah bagi memenuhi keperluan semasa penerbangan tambang murah. "Dengan demikian, terminal sementara ini direka bentuk sedemikian rupa bagi membolehkannya digunakan sebagai terminal kargo udara apabila operasi penerbangan tambah murah dipindahkan ke Terminal Tetap (permanent Terminal) nanti," katanya.

Terminal LCCT dibangunkan pada 2005 dan beroperasi mulai Mac 2006 dengan kapasiti 10 juta penumpang setahun sebelum dinaik taraf kepada 15 juta penumpang setahun.

Pada 2009, terminal berkenaan telah mencapai kapasiti maksimum apabila ia mengendalikan sejumlah 13.1 penumpang.

Pembinaan Terminal LCCT tetap dengan kos RM2.5 bilion giat dibangunkan sejak penghujung 2009 dan dijangka siap pada suku pertama 2012 dan dijangka dapat menampung kapasiti 30 juta penumpang setahun.

Dalam pada itu, Kong menolak dakwaan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) bahawa pembinaan projek LCCT baru dibuat secara ad-hoc, sebaliknya menegaskan kerajaan sentiasa merujuk kepada beberapa pihak termasuk Majlis Perancang Ekonomi Negara dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dalam merancang sesuatu projek mega negara. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan