Najib Dikurnia Darjah Kerabat Brunei

Diterbitkan: Selasa, 13 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah beramah mesra dengan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika majlis santapan tengah hari selepas istiadat penganugerahan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Dihormati (D.K) yang membawa gelaran Dato Laila Utama kepada Najib di Istana Nurul Iman di sini, hari ini. Anugerah itu hanya dikurnaikan kepada kerabat diraja atau ketua kerajaan berdasarkan hubungan dua hala yang rapat.-Foto BERNAMA.
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah beramah mesra dengan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika majlis santapan tengah hari selepas istiadat penganugerahan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Dihormati (D.K) yang membawa gelaran Dato Laila Utama kepada Najib di Istana Nurul Iman di sini, hari ini. Anugerah itu hanya dikurnaikan kepada kerabat diraja atau ketua kerajaan berdasarkan hubungan dua hala yang rapat.-Foto BERNAMA.

BANDAR SERI BEGAWAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dikurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Dihormati (DK) daripada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah sempena ulang tahun keputeraan baginda ke-64.

Anugerah itu membawa gelaran Dato Laila Utama.

Istiadat penganugerahan darjah itu, yang berlangsung di Istana Nurul Iman di sini, disaksikan permaisuri baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Anugerah itu hanya dikurniakan kepada kerabat diraja atau ketua kerajaan berdasarkan hubungan dua hala yang rapat.

Najib dan rombongan kemudian diraikan dalam jamuan tengah hari di istana tersebut. Beliau kemudian berlepas ke Kota Kinabalu.

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dijadual menerima anugerah serupa pada Khamis ini.

Seorang lagi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, merupakan pemimpin pertama dari Malaysia dikurniakan anugerah itu.

Sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei selama sebulan dijadual bermula Khamis ini.

Beberapa pintu gerbang dihiasi lampu berwarna warni telah didirikan di sekitar bandar ini.

Hotel dan restoran di sini menawarkan kadar istimewa sempena sambutan itu manakala Radio Television Brunei menyiarkan dokumentari khas berhubung pemerintahan baginda. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan