MB Selangor Tidak Mampu Urus Isu Pasir - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 13 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyifatkan kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mampu menguruskan isu kecurian pasir di kawasan seluas 400 hektar berhampiran Taman Paya Indah Wetlands.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau melihat isu itu seperti terabai kerana kerajaan negeri tidak mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang terlibat sehingga menjejaskan ekosistem di kawasan itu.

"Dia ada penasihat. Dia ada pakar. Datuk Seri Anwar Ibrahim penasihat kerajaan negeri. Tapi dia tak tahu nak urus.

"Soal pasir sahaja. Apa susah. Tangkap sahaja sesiapa yang buat kesalahan dan ambil tindakan kalau harta tanah itu, pasir itu milik kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Asean 2010 di sini pada Selasa.

Muhyiddin berkata kerajaan negeri tidak boleh terus berdiam diri kerana kerana isu berkenaan di bawah bidang kuasa mereka.

"Mereka kata mereka kerajaan yang bersih. Ini telah terbukti. Saya tak tahu mungkin ada elemen rasuah. Saya tidak tuduh tapi apabila tindakan tidak dilakukan bermakna kita collaborate (bersubahat)," kata beliau. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan