Malaysia, Indonesia Sedia Jadi Tuan Rumah Bersama Piala Dunia

Diterbitkan: Selasa, 13 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia dan Indonesia bersedia menawarkan diri menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak Piala Dunia pada masa akan datang.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata perkara tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil dan kedua-dua negara berkenaan akan berusaha ke arah itu.

Sambil mengalu-alukan idea tersebut, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan menerusi sebuah meja khusus, yang akan ditubuhkan, masing-masing di kementeriannya dan Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia.

"Idea (tuan rumah bersama) ini patut dikembangkan dan disemai bagi penganjuran kejohanan-kejohanan besar pada satu masa nanti kerana dalam konteks jarak perjalanan bukan lagi satu isu yang besar.

"Tidak mustahil diadakan bukan sahaja Piala Dunia tetapi apa-apa (kejohanan) yang sesuai dan boleh difikirkan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dua hala dengan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Dr Ardi Malaranggeng di sini hari ini.

Dr Ardi berada di negara ini, sempena program titian muhibah yang berlangsung selama dua hari, bermula hari ini.

Sebelum ini, hasrat Indonesia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022, gagal setelah pencalonannya ditolak oleh badan induk boleh sepak dunia, FIFA.

FIFA, akan mengumumkan negara yang akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 pada 10 Disember ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery, bagaimanapun berkata persoalan sekarang ialah bagi membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang boleh memberikan saingan di peringkat antarabangsa.

"Bagaimana untuk membangunkan bola sepak supaya kedua-dua negara (Malaysia dan Indonesia) dan pasukan Asia Tenggara dilihat sebagai negara yang dihormati daripada segi kekuatan.

"Sekarang orang melihat negara-negara Eropah dan Amerika Latin. Kalau Asia pun (mereka lihat pasukan) dari Timur Tengah, Korea Selatan atau Jepun sahaja," katanya.

Justeru, Ahmad Shabery berkata sebagai permulaan ke arah membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang mantap, beliau mencadangkan agar liga bola sepak di Malaysia dan Indonesia diperluaskan dengan membabitkan penyertaan dari kelab-kelab di kedua-dua negara berkenaan.

Sementara itu, Dr Ardi berkata cadangan menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia itu merupakan satu idea yang menarik, namun pasukan-pasukan dari Asia Tenggara perlu mampu untuk memberikan saingan kepada pasukan-pasukan lain.

"Bagi pasukan Indonesia, kita perlu bekerja keras untuk lolos (layak) ke Piala Dunia 2014 di Brazil dan seterusnya Piala Dunia akan datang.

"Selepas kita berjaya meloloskan (melayakkan) diri ke Piala Dunia, kita akan lihat selepas itu (untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia)," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata meja khusus yang akan ditubuhkan kelak, akan turut membincangkan pelbagai isu dan masalah serta program-program melibatkan belia dan sukan antara Malaysia dan Indonesia.

Katanya dalam perbincangan dengan Dr Ardi, beliau juga memberikan komitmen bahawa Malaysia akan menyokong dan mempromosikan Sukan SEA 2011 di Indonesia supaya menjadi temasya yang terbaik.

Pelbagai acara menarik turut diadakan sempena program titian muhibah itu esok, antaranya perlawanan tenis serta futsal persahabatan antara pasukan Ahmad Shabery dan Dr Ardi di Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan