Lesen 18 Pengilang Air Minuman Yang Dibotolkan Dibatalkan

Diterbitkan: Selasa, 13 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan telah membatalkan lesen 18 syarikat pembungkusan air minuman daripada air paip yang dibotolkan kerana gagal mematuhi syarat-syarat lesen sebagaimana yang ditetapkan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tindakan itu diambil berdasarkan pemantauan kementerian terhadap kualiti air minuman berbungkus yang dihasilkan dengan mengambil sampel bagi tujuan analisis mikrobiologi, kimia dan radioaktif secara berkala.

"Kerajaan memang membuat pemantauan ke kilang pembungkusan air dan membuat ujian secara rawak. Sehingga hari ini 18 kilang pembungkusan air ini dibatalkan lesen mereka kerana tidak mematuhi kehendak lesen," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Idris bertanya mengenai mekanisme yang diguna pakai oleh kementerian untuk memastikan air minuman yang dibotolkan oleh syarikat-syarikat berkenaan tidak memudaratkan pengguna.

Terdahulu ketika menjawab soalan asal Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja), Liow berkata, kementerian bertanggungjawab memastikan keselamatan air minuman daripada bekalan air paip yang dirawat dan dibotolkan untuk jualan melalui penguatkuasaan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Perkara 360B Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah menakrifkan air minuman berbungkus adalah air minuman yang diperlakukan dan dibotolkan dalam botol berkedap atau lain-lain bungkusan dan dicadangkan untuk makanan manusia.

Sehingga kini kementerian telah memberikan lesen kepada 184 syarikat pembungkusan air minuman daripada air paip yang dirawat dan dibotolkan.

Antara kriteria yang perlu dipatuhi sebelum kelulusan lesen kepada pemohon, termasuk air yang dibotolkan hendaklah mematuhi standard air berdasarkan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Syarikat juga harus menyediakan Manual Sistem Kawalan Keselamatan Air Minuman Berbungkus (AMB) dan air Mineral Semulajadi (AMS) yang diamalkan dan diverifikasikan oleh kementerian selain mematuhi syarat berkaitan kebersihan premis dan proses rawatan serta memastikan label yang digunakan pada air minuman berbungkus hendaklah disemak dan diperakukan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM.

Menjawab soalan tambahan Siti Mariah, Liow berkata, bekalan air paip dalam negara adalah bersih dan boleh diminum kerana kandungan pepejal yang terdapat di dalam air tersebut turut dikawal dan dipantau oleh kementerian.

"Cuma air botol yang dikilang itu memang mempunyai proses nutritisi yang lebih rapi dan terperinci, tetapi kita juga akan memastikan mereka patuhi syarat utama iaitu mereka harus pastikan semua kandungan mikrobiologi, kimia dan radioaktif tidak terdapat dalam kandungan air itu," katanya. Terdahulu, Siti Mariah mempersoalkan kebersihan dan keselamatan air minuman daripada air paip yang dibotolkan kerana mendakwa ia mempunyai kandungan pepejal yang sama dengan air paip biasa tetapi dijual dengan harga yang lebih tinggi kepada pengguna. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan