Kerajaan Tanggung Subsidi Minyak RM3 Bilion Bantu Nelayan

Diterbitkan: Selasa, 13 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menyalurkan sebanyak 4.66 bilion liter diesel dan 314.55 juta liter petrol kepada golongan nelayan dengan menanggung subsidi RM3 bilion sejak 2006 hingga tahun ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata pemberian subsidi itu dapat membantu nelayan menampung kos bahan api yang merupakan 70 peratus daripada jumlah kos operasi penangkapan ikan mereka.

Dalam tempoh itu juga sebanyak 6.075 juta metrik tan ikan telah didaratkan yang bernilai RM36.45 bilion, katanya menjawab soalan Datuk Sapawi Ahmad (BN-Sipitang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sapawi ingin tahu jumlah subsidi yang dikeluarkan kepada nelayan setakat ini dan sejauh mana program tersebut berjaya merubah kehidupan masyarakat nelayan tradisional.

Beliau juga bertanyakan usaha kementerian dalam menangani isu bot pukat tunda yang mana lesennya dikeluarkan kepada rakyat tempatan tetapi pekerjanya warga asing yang kadangkala menangkap ikan melebih syarat lesen.

Noh berkata kementerian akan memperkenalkan Sistem Pengesanan Penyelidikan bagi membendung kegiatan sedemikian berikutan kegagalan pihak berkuasa seperti Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menahan bot pukat tunda kerana ketirisan maklumat.

Beliau berkata kementeriannya sedang membuat ujian mengenai sistem itu yang akan diperkenalkan agar ia dapat memantau kegiatan seperti itu dari pejabat melalui alat khas.

"Mana-mana kapal yang kita kesan memasuki zon larangan, kita akan matikan botnya dari pejabat dan ini yang akan kita buat.

"Jika ini berjaya kita buat, masalah yang berbangkit akan dapat kita atasi kerana kalau tidak pada hari ini, kita dapat laporan, belum pun sempat penguatkuasa sampai, bot dan pukat pun dah hilang," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan