Kerajaan Selangor Salahkan Media Lapor Aktiviti Lombong Pasir Tidak Terkawal

Diterbitkan: Selasa, 13 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri hari ini menyalahkan media berhubung laporan wujudnya aktiviti perlombongan pasir tidak terkawal di Bukit Changgang, Dengkil, Ahad lepas.

Yaakop Sapari (PKR-Kota Anggerik) berkata laporan media mengenai kegiatan itu adalah tidak benar kerana lombong pasir berkenaan dijalankan secara sah dan diuruskan oleh syarikat milik kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

"Kita juga minta pihak berkenaan supaya menarik kenyataan tersebut serta membuat permohonan maaf kepada Kerajaan Negeri.

"Sekiranya mereka enggan berbuat demikian, saya minta supaya KSSB membuat laporan polis serta mengambil tindakan saman terhadap pihak terbabit," katanya ketika sesi penggulungan bajet tambahan peruntukan pembangunan 2010 pada sidang DUN dekat sini.

Beliau turut menuduh pihak media sebagai ejen kepada parti politik tertentu yang melaporkan aktiviti perlombongan berkenaan yang kononnya untuk menjatuhkan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang di Selangor. Bagaimanapun, kenyataan Yaakop itu merujuk lombong pasir di kawasan Olak Lempit dan bukannya di Bukit Changgang seperti yang dilaporkan media Ahad lepas.

Sebelum ini, Menteri Besar Selagor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan sebagai berkata kegiatan itu adalah di bawah pengetahuan kerajaan negeri tetapi lokasi sebenarnya terletak di Kampung Olak Lempit di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat dan bukannya di Bukit Changgang.

Laporan media itu dibuat hasil daripada pendedahan Ketua Pembangkang negeri, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mengenai kegiatan perlombongan pasir secara tidak terkawal apabila 20 hektar tanah di Bukit Changgang terletak kira-kira 50 meter dari Taman Rekreasi Paya Indah Wetlands di Dengkil diceroboh untuk tujuan itu.

Malah, media melaporkan aktiviti yang dipercayai dijalankan di atas tanah milik kerajaan itu berlangsung sejak dua minggu lalu dan dikatakan telah mengeluarkan 10 juta tan metrik pasir dianggarkan bernilai RM220 juta. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan