Kerajaan Selangor Digesa Bentang Kertas Putih Aktiviti Perlombongan Pasir Dalam Sidang DUN

Diterbitkan: Selasa, 13 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor digesa membentangkan kertas putih pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berhubung pengurusan dan pelaksanaan aktiviti perlombongan pasir di negeri itu yang dilihat semakin tidak terkawal.

Desakan itu dibuat Datuk Amiruddin Setro (BN-Jeram) ekoran tindakan kerajaan negeri yang dilihat gagal menguruskan hasil sumber negeri itu termasuk mewujudkan aktiviti perlombongan tidak terkawal dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Sambil merujuk kepada aktiviti perlombongan pasir di Paya Indah Wetlands, Dengkil, Sepang yang didedahkan media baru-baru ini, beliau berkata keadaan itu menunjukkan salah satu bentuk kegagalan dalam pengurusan sumber tersebut tanpa disusuli dengan penjelasan dan maklumat terperinci daripada kerajaan negeri.

"Jadi kita minta kerajaan negeri menyediakan kertas putih kepada DU Nmengenai pengurusan serta aktiviti perlombongan pasir bagi menjelaskan status sebenar aktiviti ini di Selangor.

"Adalah sesuatu yang menyedihkan untuk melihat lubang yang sangat besar wujud di sebuah kawasan berhampiran Taman Paya Indah Wetlands yang juga Rizab Tanah Lembap Negara.

"Bagaimana boleh wujud satu lombong pasir yang sangat besar digali tanpa segan silu dan tanpa memikirkan kesan alam sekitar dengan pengeluaran dianggarkan 10 juta tan pasir dengan nilai sebanyak RM220 juta," katanya ketika membahaskan Enakmen Perbekalan Tambahan 2010 pada Sidang DUN Selangor di sini hari ini.

Dalam pada itu, Amiruddin turut menggesa kerajaan negeri menamatkan perkhidmatan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), anak syarikat kerajaan negeri Selangor yang bertanggungjawab di dalam perniagaan pasir.

"Selain itu pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri perlu diberi kuasa untuk menutup lombong pasir yang tidak mengikut peraturan ditetapkan termasuklah yang dilakukan di kawasan yang tidak sesuai," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan