KDN Buat Laporan Polis Terhadap Suara Keadilan

Diterbitkan: Selasa, 13 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuat satu laporan polis terhadap akhbar rasmi, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan kerana masih lagi menerbitkan akhbar berkenaan walaupun tempoh permit percetakannya telah tamat pada 30 Jun lalu.

Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata, laporan polis itu telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Putrajaya di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972, pada pukul 8 malam Isnin.

“Suara Keadilan secara berterusan mencabar kerajaan dengan terus menerbitkan akhbar itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, di Putrajaya, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, buletin PAS, Harakah juga akan diberikan satu lagi surat tunjuk sebab kerana menerbit dan mengedarkan isu pada 12 hingga 15 Julai walapun permit percetakannya telah tamat tempoh pada 7 Julai lalu.

Mahmood berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Harakah, Datuk Mustafa Ali dan Pengarah Urusannya, Datuk Kamarudin Jaafar di pejabatnya semalam.

“Dalam perbincangan itu, mereka telah memaklumkan kepada KDN bahawa akhbar berkenaan telah dicetak sementara menunggu permit mereka diperbaharui dan pihak pengurusan Harakah menganggap tindakan tersebut dibenarkan.

“Ini satu penjelasan yang tidak boleh diterima. Kami akan menunggu mereka memberi penjelasan bertulis dalam tempoh tujuh hari,” katanya.

Khamis lalu, KDN telah mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Harakah kerana lewat menghantar salinan setiap isu; menjual salinan buletin kepada bukan ahli dan mengedarkannya di premis yang tidak dibenarkan.

Penerbit Harakah telah pun menjawab notis berkenaan. Mengenai tindakan PKR terus menerbitkan buletin mereka dengan membuat perubahan pada nama akhbar (dengan mengeluarkan perkataan Suara Keadilan) dengan dakwaan ia bukan buletin yang diterbitkan sebelum ini, Mahmood berkata, tindakan mengeluarkan nama akhbar itu tetap salah dan parti itu akan dikenakan satu notis tunjuk sebab atas kesalahan berkenaan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Pengarah Strategik PKR, Tian Chua yang menyerahkan beberapa salinan akhbar itu secara percuma kepada orang awam dengan mengeluarkan nama akhbar berkenaan di Kuala Lumpur semalam.

Mahmood menegaskan bahawa PKR telah melakukan satu lagi kesalahan dengan mencetak perkataan sulit pada muka hadapan buletin rasmi mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa pegawai polis telah menyerbu ibu pejabat PKR di Merchant Square, Petaling Jaya namun meninggalkan bangunan tersebut selepas melihat kelibat wartawan di sana.

Tian Chua berkata, anggota polis berkenaan turut merampas sebuah komputer bagi membantu siasatan ke atas Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Shahrin Hisham yang ditahan pada 9 Julai di pejabat PKR Negeri Sembilan.

Badrul ditahan atas dakwaan menulis artikel berunsur hasutan di laman blognya selepas beberapa ahli parti lain membut laporan polis terhadap artikel berkenaan.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan