KDN Buat Laporan Polis Suara Keadilan Teruskan Penerbitan

Diterbitkan: Selasa, 13 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu laporan polis telah dibuat berikutan pihak penerbitan "Suara Keadilan" terus mengeluarkan penerbitannya semalam walaupun permit mingguan itu tamat tempoh sahlakunya pada 30 Jun lepas.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi dalam kenyataan media, berkata laporan berkenaan telah dibuat pada pukul 8 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Katanya, laporan polis itu dibuat di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).

"Seperti umum sedia maklum, permit "Suara Keadilan" telah tamat tempoh sahlakunya pada 30 Jun lepas dan sehingga kini pihak penerbitan masih gagal mengemukakan jawapan atau penjelasan atau penjelasan kepada dua lagi surat Kementerian Dalam Negeri.

"Malah, pihak penerbitan Suara Keadilan telah berkali-kali mencabar kerajaan dan masih terus juga mengeluarkan penerbitan," katanya.

Hari ini, lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus diterbitkan dengan nama baru "Keadilan".

Edisi "Keadilan" yang diedarkan percuma kepada umum dilihat masih memainkan isu Felda walaupun "Suara Keadilan" kini berdepan tuntutan ganti rugi sebanyak RM200 juta ekoran penyiaran berita "Felda Bankrap" yang dianggap fitnah. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan