Firdaus Nafi Sertai Perwakilan Yang Timbulkan Kekecohan

Diterbitkan: Selasa, 13 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Firdaus Zakaria semalam menjelaskan bahawa beliau bertindak turun dari pentas adalah untuk meredakan kekecohan agar mesyuarat perwakilan bahagian itu semalam kembali tenang.

Beliau berkata wakil Majlis Tertinggi (MT) Datuk Abdul Raof Yusof yang juga Setiausaha Kerja Umno, memintanya mententeramkan perwakilan apabila berlaku insiden tolak-menolak yang bermula dengan pertikaman lidah.

"Tindakan saya turun bukan untuk menyertai perwakilan yang mendesak Ketua Bahagian Ali Yahaya supaya melepaskan jawatannya, tetapi atas permintaan Abdul Raof," kata Firdaus ketika mengulas laporan akhbar mengenai insiden itu semalam.

Akhbar semalam melaporkan Firdaus, Ketua Wanita Siti Aminah Kamis dan Ketua Puteri Sungai Petani yang juga Naib Ketua Puteri Umno Malaysia Shahanim Mohd Yusof, turun dari pentas menyertai perwakilan yang mencetuskan kekecohan kerana menolak Ali sebagai Ketua Bahagian.

Shahanim yang dihubungi Bernama berkata, Wanita dan Puteri mengusulkan undi tidak percaya terhadap Ketua Bahagian Sungai Petani itu dan mahu beliau digantikan tetapi usul tersebut dihalang daripada dibawa ke dalam mesyuarat oleh penyokong Ali.

Firdaus berkata dalam suasana kelam-kabut seperti itu, beliau mungkin dilihat seolah-olah menyertai kumpulan perwakilan yang menentang Ali, tetapi bersyukur kerana tidak berlaku insiden lebih buruk.

Ali yang tidak dibenarkan berucap pada majlis perasmian, bagaimanapun dibenarkan menyampaikan ucapan penangguhan pada akhir mesyuarat.

"Saya harap pihak terbabit menerima nasihat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam supaya semua masalah dalaman Umno diselesaikan secara kekeluargaan.

"Masalah ini juga saya yakin boleh diselesaikan melalui rundingan meja bulat. Mereka boleh duduk semeja dan berbincang, dan tidak perlu menunggu MT membuat keputusan," kata Firdaus.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan